Dengan pasukan Bujang Senang kini giat mempersiapkan barisan pemain mereka untuk musim hadapan, kini timbul persoalan akan siapakan bakal menjadi Ketua Jurulatih bagi pasukan tersebut, memandangkan pihak pengurusan Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) kini mempunyai ‘orang baharu’.
Jika diperhatikan secara teliti, segala perancangan untuk tahun hadapan memberi indikasi bahawa FAS akan mengekalkan David Usop sebagai Ketua Jurulatih Sarawak bagi musim 2017.
Ini adalah berdasarkan hakikat bahawa David telah diminta pergi ke beberapa lokasi di sekitar Sarawak untuk memerhatikan pemain-pemain tempatan Sarawak beraksi di dalam Liga Bolasepak Rakyat.
Selain daripada itu, David juga dikhabarkan sedang giat mengenalpasti pemain bukan Sarawak yang boleh beliau bawa ke Stadium Negeri bagi memperkuatkan pasukan Bujang Senang. Menurut pemahaman kami, beberapa orang pemain import juga sedang diteliti oleh David.
Jika benar David diberi tugas selaku jurulatih utama pasukan Bujang Senang 2017, maka ini merupakan kali pertama David akan membimbing pasukan yang dipilih beliau.
RECOMENDED LINKS:
- Join our TELEGRAM for latest updates
- Buy the latest EPL football jerseys
- Buy the latest National football jerseys




Good Luck CDU💪💪💪💪💪
Mun dapat kekal kan player yg sedia ada..tuka import jak….sorg duak org….
T o pn…
Rajagopal
Yes!
I always adore anything about
Mybe bekas jurulatih melaka. Sebab pernah membawa melaka menang Piala FAM dan piala perdana 2016..
air asia dh ambik
FAS…..Rancang yang terbaik
Jangan ambil sisa2 Org ya sudah pakai.banyak permain Sarawak sendri Anak jadi Sarawak.Dan juga jgn ambil bekas jurulatih pasukan yg lain.jgn mcm king gopal.
semoga berjaya…YNWA THE CROC’s
Mun king gopal bagus kekal kn David usup jak sbb kita dh tgk apa hasil ekspiremen yg king buat langsung x menjadi.
bkn msh david usop ke
player local aduh
Sayakh jl depa bg thn 2017 hahaaaa