Pemain tengah Sarawak dan Kuala Lumpur digugurkan dari pasukan kebangsaan

Pemain tengah sensasi Sarawak, Nur Shamie Iszuan dan seorang lagi pemain tengah Kuala Lumpur, Irfan Zakaria telah digugurkan daripada pasukan kebangsaan Bawah-22 tahun negara buat masa ini selepas kedua-dua pemain muda tersebut tercedera ketika latihan pasukan kebangsaan.

Shamie dikhabarkan mendapat kecederaan kaki, dan mungkin mengambil sekurang-kurangnya beberapa minggu untuk pulih sepenuhnya.

Tempat Shamie dan Irfan akan diambil alih oleh Shahrul Hakim dan R Kogileswaran yang telahpun dipanggil untuk menjalani latihan pusat di bawah kendalian jurulatih Frank Bernhardt.

Pasukan bimbingan Frank Bernhardt dijangka akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan Filipina Bawah 22-tahun pada hari Khamis ini, 8 Disember, di Manila.

INFO: For updates on football/futsal tournaments, check out our Calendar. For Sarawak 2017 transfer summary, go here.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top