Jurulatih Sarawak, David Usop melahirkan rasa puas hati beliau terhadap persembahan anak buahnya selepas pasukan Sarawak memungut satu mata di Stadium Negeri pada Sabtu lalu.

Beliau yang mengakui sedikit kecewa gagal meraih mata penuh tetap memuji semangat juang yang ditunjukkan anak buahnya, khususnya dalam usaha mengekang serangan bertali arus Kelantan pada separuh masa kedua.

David turut memuji persembahan Nur Shamie Iszuan Amin dan Tommy Mawat Bada yang dilihat beliau mempunyai potensi besar untuk menyinar jika diberi lebih banyak peluang untuk bermain.

Sarawak kini menduduki tangga kesembilan Liga Super dan perlu memenangi sekurang-kurangnya satu perlawanan jika mahu selamat dan kekal di Liga Super untuk musim hadapan.

15 COMMENTS

  1. Mun T-team boleh kalahkan Felda Sarawak fa pun boleh..segek agik walaupun stadium ya stadium keramat felda..dan penyokong2 Felda ramai datang tpi Felda united belum agik biasa main kat padang ya..T-team mlm ya lawan Felda..T-team lebih bagus mengawal bola dari Felda..ayuh SARAWAKKUKUAT…vini vidi vinci…kita datang kita lihat dan kita takhluk Felda stadium..hahahahaha…come on AGI IDUP AGI NGELABAN…

  2. Br seri dah bangga,mun kalah d ktakn sik da nasib….swak msh jauh lg ketinggalan dr segi teamwork n penyerang import pon malas….rugi d byr mun standard mn mcm tu,bgs gik anak tempatan….swak takda midfild yg bgs n jd jeneral dlm pdg tuk kuasai perlawanan….swak msh terapkan taktik lma d mn mdh d bc team lwn…..apapon agi idup agi ngelaban….the croc…🐊🐊🐊

Comments are closed.