Home Malaysian football Pemain import Sarawak mungkin tidak diturunkan menentang JDT

Pemain import Sarawak mungkin tidak diturunkan menentang JDT

Sarawak mungkin akan membariskan hampir kesemua pemain tempatan ketika menentang Johor Darul Ta’zim kelak.

Hal ini berikutan berita bahawa beberapa tonggak import Sarawak seperti Billy Mehmet dan Patrick Gerthard tidak dapat diturunkan ekoran kecederaan. Seorang lagi pemain import Sarawak, Ryan Griffith dilaporkan akan digantung kerana mengutip kad kuning.

Buat masa ini, pihak SarawakCrocs.com tidak dimaklumkan dan tidak mengetahui kecederaan yang dialami Billy dan Patrick.

Dalam pada itu, jika ketiga-tiga pemain itu dipinggirkan, maka Sarawak hanya akan turun dengan pemain tengah dari Montenegro yakni Ivan Fatic.

Sarawak bakal menentang JDT Sabtu ini di Stadium Negeri.

PROMOSI: Dapatkan Landyard exclusive bercirikan Sarawak di sini sementara stok masih ada.

Previous articleSarawak emphasising on ‘tiki taka’ under Fuad
Next articleVincent Bikana mahu main untuk Malaysia