Pemain dari Korea Selatan mencuba nasib di Kuching

Pemain penyerang berpengalaman Lee Jong-Ho kini berada di Kuching untuk mencuri perhatian Ketua Jurulatih Sarawak, David Usop. 

Jong-Ho yang merupakan produk akademi belia Perancis Paris Saint-Germain, telah menyertai sesi pengujian kelmarin bersama tiga lagi pemain import yang kesemuanya penyerang. 

Menurut maklumat yang diperolehi, kelab terakhir Jong-Ho adalah Svay Rieng di Cambodia.
Sebelum itu, beliau pernah bermain dengan Kelab Liga Singapura, Geylang FC dan dikhabarkan mempunyai kadar hantaran yang baik dan tepat.

Jong-Ho mungkin merupakan pemain serba boleh yang dicari Ketua Jurulatih Sarawak, David Usop kerana ianya bukan rahsia bahawa Sarawak amat memerlukan seorang penyerang dan pemin tengah yang berkaliber.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top