Ketua Jurulatih pasukan Pulau Pinang FA, Ashley Westwood menegaskan bahawa pemain asing bagi pasukan tersebut hanya akan diambil sekiranya pemain tempatan gagal menyerlah.

Menurut Ashley, semua pemain kini mempunyai peluang sama untuk membuktikan kemampuan mereka tanpa mengira jika mereka adalah pemain asing ataupun pemain tempatan.

Sunguhpun demikian, keutamaan akan diberikan kepada pemain tempatan dan hanya jika pemain tempatan gagal menyengat, pemain asing akan diambil sebagai ganti.

Ashley turut menjelaskan bahawa beliau kini mempunyai 16 pemain sedia-ada, dan beliau akan menilai prestasi pemain Piala Presiden Pulau Pinang, serta menguji beberapa pemain import bagi mengisi kekosongan yang masih ada di dalam pasukan bimbingannya.

Beliau turut enggan meletakkan sebarang sasaran bagi musim 2017, dan bertegas bahawa beliau lebih mengutamakan pasukan Pulau Pinang ‘menstabilkan’ diri dahulu, sebelum memikirkan sebarang kejuaraan.

MAKLUMAN: Semak pertandingan futsal/bolasepak di sekitar kawasan anda di laman web ini secara percuma!

6 COMMENTS

  1. FAM kena kurangkan pyrg impot setiap psukn dlm liga m gandingkan pyrg impot dgn pyrng tampatan.mau tk tumpurnya bila wakil kebangsaan.satiap psukn dlm LM mnurukn ke2 2 pyrg import.bila di panggil utk skud kebangsaan.kita semua dh tgok piala suzuki

    • Ada point tp sik semestinya mengurangkan penyerang import timnas Malaysia boleh terus ok.. pendapat kamek lah, struktur liga super itu sendiri.. tahun 2010 semasa no import langsung, jumlah team liga super adalah 14 pasukan.. so secara purata team akan ada 26 games.. sik termasuk games FA cup n Malaysia Cup.. Sejak 2013, team liga super cuma ado 12 team secara purata akan cuma ada 22 games short 4 games.. Berbanding team yg power di Asean nektok ada 18 team dlm TPL so sidak at least 34 games sik termasuk game dr piala piala lain.. ya la nyuroh cdak power.. bnyk kompetetif matches.. bila bnyk kompetitif matches, rotation players akan berlaku secara sik langsung.. berbeza dengan liga kita nektok, sebab mok nampak liga kita mcm melalui musim panjang, maka akan berlakulah senario main 3 4 games dan lekak ya rehat 2-4 minggu.. ya akan molah fitness drop, selain match xp rendah.. so bila match kurang kompetitif tendency utk rotate players kurang… so cadangan kamek la, liga super malaysia dan liga premier perlu ada at least 15 team.. untuk liga fam, dr molah liga yg dibahagi kepada 2 kumpulan bgs satukan jd cgek.. pun begitu ya bergantung pada kewangan pskn yg bertanding juak sebab budaya kelab blm gik subur.. team team berasaskan state agik mengharapkan ihsan kerajaaan negeri masing masing utk survive.. sekian terima kasih..

  2. Player kita xda mslh kat pasukan atau kelab..player kita ada mslh bila beraksi di peringkat tinggi fokus mudah hlg kawalan bola yg lemah Dan lama n corak permainan yg msh mengikut gaya liga perdana inggeris

Comments are closed.