Home BERITA BOLASEPAK Piala Malaysia: Bujang Senang tersingkir

Piala Malaysia: Bujang Senang tersingkir

Pasukan bimbingan David Usop malam tadi hanya mampu mengikat pasukan Johor Darul Ta’zim II 1-1 di Stadium Negeri, sekaligus menyaksikan mereka secara rasminya tersingkir dari Piala Malaysia.

Dengan keputusan malam tadi, Sarawak tidak akan berupaya menyaingi tiga lagi pasukan yang terletak di atasnya di dalam Kumpulan A saingan Piala Malaysia, sekaligus meletakkan Sarawak di kedudukan tercorot kumpulan tersebut dengan hanya dua mata, dan baki satu perlawanan.

Pasukan Kedah dan T-Team (Terengganu FC II) dalam pada itu berjaya melangkah ke pusingan kedua, dengan pasukan JDT II turut sama tersingkir dari saingan Piala Malaysia berikutan keputusan seri dengan Sarawak.

Kedua-dua JDTII dan Sarawak secara matematik tidak dapat menandingi kelebihan lebih enam mata yang dimiliki oleh T-Team dan Kedah, sekaligus memastikan bahawa baki satu perlawanan di peringkat kumpulan A hanya sebagai pelengkap jadual perlawanan.

Previous articleTiket perlawanan Sarawak lawan JDT II salah cetak!
Next articleEPL: Ibrahimovic marks his arrival at the EPL with a goal

21 COMMENTS

  1. Iboh nk ganok swk bh .lelah juak sidak ko jadual padat gilak.mintak stay dlm liga super dh syukur bh..
    Dpt juak nanga sidak swk lwn dgn team yg kuat2 .x thn tok ne tauk taun dpn swk angkat …Bok ktk org Tauk .Boyak Dh Panas.Tok mla ujan mana c sejuk boyak.Encang Swk Encang

Comments are closed.