Peluang untuk Abdul Rahim menyinar

Kecederaan penyerang utama Sarawak, Mateo Roskam yang disahkan koyak di bahagian lutut, membawa berita duka kepada kem Sarawak, namun seorang anak jati Sarawak boleh melihat ianya sebagai satu perkembangan positif bagi kerjayanya sebagai pemain bolasepak.

Menurut akhbar Utusan Borneo hari ini, Ketua Jurulatoh Sarawak, David Usop mengesahkan bawaha Abdul Rahim Razak (kanan) bakal dimasukkan untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan Mateo, sekaligus memberi peluang untuk anak Sarawak tersebut menyinar di peringkat kebangsaan.

Abdul Rahim yang bermain menentang Kedah FA minggu lepas menunjukkan kehebatan beliau sebagai bakal penggempur pasukan Bujang Senang apabila berjaya mengucar ngacirkan pintu gol Kedah dengan larian-larian pantas.

Sungguhpun tidak menjaringkan gol, Abdul Rahim dilihat berganding baik dengan penyerang Filipina, Mark Hartmann di bahagian serangan.

Sarawak kini ketandusan penyerang selepas Mateo disahkan bakal direhatkan untuk sekurang-kurangnya dua perlawanan, dan sekiranya Abdul Rahim berjaya mengisi kekosongan tersebut dengan jayanya, adalah tidak mustahil David akan menggunakan bekas pemain pasukan Bawah-21 tahun itu, lebih kerap lagi pada perlawanan akan datang.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top