Dengan berakhirnya kempen bolasepak Sarawak untuk musim ini, kini timbul pula persoalan jika pasukan kini harus dikekalkan, atau diubah.

Dari segi luaran, sememangnya ramai peminat bolasepak Sarawak yang merasakan bahawa pasukan yang dipanggil dengan gelaran ‘Bujang Senang’ ini telah gagal di persada bolasepak Malaysia. Mana tidaknya, pasukan bimbingan David Usop terpaksa bertarung sengit untuk kekal di Liga Super untuk musim hadapan, gagal mara lebih dari peringkat kumpulan di Piala Malaysia, dan tersingkir awal daripada Piala FA.

Walaubagaimanapun, ramai peminat bolasepak Sarawak gagal mengenalpasti hakikat bahawa pasukan Bujang Senang pada musim 2016 sebenarnya telah meningkatkan prestasi mereka di Liga Super berbanding musim lalu (2015).

Ini dapat dilihat dengan membandingkan kedudukan terakhir pasukan Bujang Senang pada kedua-dua musim dimana Sarawak pada musim ini mengakhiri kempen mereka di tangga ke-8, berbeza dengan pencapaian musim lalu (2015), di tangga ke-10.

Dari segi pungutan mata, Sarawak berjaya mengutip 24 mata musim ini, berbanding hanya 19 pada musim lalu, dan jumlah jaringan juga meningkat kepada 32 gol berbanding hanya 28 pada musim sebelumnya.
sarawak-rank
Di Piala Malaysia, pencapaian Sarawak sememangnya lebih buruk berbanding musim lalu, namun pencapaian Sarawak di dalam Piala FA lebih baik apabila berjaya ke Pusingan kedua pada musim ini.

Dengan peningkatan dari segi pencapaian, maka tidak hairanlah jika pihak pengurusan akan terus memberi Ketua Jurulatih Sarawak, David Usop semusim lagi bagi membolehkan beliau memperbaiki lagi pencapaian Sarawak pada musim hadapan.

DISCLAIMER: SarawakCrocs is not responsible for views and comments made by readers and followers in relation to this article. The view and comments are owned by the account owner and does not, in any way reflect what we stand for. All liabilities and risk stemming from the comments that are published are the responsibility of the account holder. Thank you. SarawakCrocs Tribal jersey

11 COMMENTS

  1. kalau dulu nya pasukan bujang senang amat digeruni pasukan lawan kerana dibarisi permain yang sangat berbakat dan hebat tapi sejak kebelakangan ini prestasi pasukan negeri kita sangat menurun dan tidak menunjukkan impak positif asyik kalah memanjanh , tukar semua permain import luar dan buat permilihan permain secara telus di seluruh pelosok negeri bagi mendapatkan permain yang boleh memberikan impak terbaik . faktor usia permain yg 30 dan keatas kurangkan pengambilan , negeri kita memilikki banyak kelab ambil permain muda yang berbakat . km teramat kecewa dgn prestasi pasukan kesayangan dan sentiasa berharap agar bujang senang mampu beraksi seperti zaman 80an dan 90an….agi idup agi ngelaban

  2. Dari awal… malahan dari tahun lepas memang sudah diakui kebolehan david… tetapi fas terlampau ego mahu pilih coach gopal yg mengarut dan akhir nya david tpksa sapu taik dia dan tpksa akur dgn pilihan pemain cikai yg telah gopal tinggal kan..suroh David kasi balik itu taik sama tuan president.

Comments are closed.