Pasukan bimbingan ketua jurulatih David Usop hari ini memulakan kempen 2017 dengan sesi latihan pertama selepas rehat panjang berikutan berakhirnya musim 2016.

Pada sesi latihan yang diadakan petang tadi, kelibat hampir semua pemain import Sarawak tidak kelihatan, sekaligus memberi gambaran bahawa kebanyakan mereka mungkin atau sudah dilepaskan daripada kontrak masing-masing.

Sungguhpun demikian, masih terlalu awal untuk mengetahui sekiranya kontrak mereka dipanjangkan atau ditamatkan berikutan belum lagi ada pengumuman rasmi dari pihak Persatuan Bolasepak Sarawak.

Turut menjalani latihan petang tadi adalah beberapa pemain muda tempatan yang dijangka akan diserap oleh pasukan Bujang Senang untuk saingan musim hadapan.

Walaubagaimanapun, status pemain muda tersebut masih lagi di dalam pemerhatian David, dan juga pembantu jurulatih Mohd Azley Abdullah, yang turut memerhatikan sesi latihan petag tadi.

Untuk rumusan perpindahan pemain Sarawak FA yang terkini, sila ke laman web kami ini.

57 COMMENTS

  1. The article stated that there’s no presence of their current import players during their first full training session for the 2017 campaign. During the observation on the training ground, there are several U21 players are involved in the training session. All of the youngsters are still under David Usop observation.

    Selamat la data internet anda..
    #SARAWAK

  2. bagus tamatkan jak kontrak pemain import ya…banyak gik org “sarawak” anak jati “sarawak” yg boleh naitkan nama team “sarawak bujang senang” di liga-liga walaupun hakikat ya mmg bkn kja senang…

  3. Berlagak mcmlh pemain tempatan dh maju mcm pemain tempatan ngeri lain.bodoh sombong.berithulh srwak xda duit nk beli penain import luar dn dlm.kerana dh abis dot ki dot mike…

  4. Baca dlok mena artikel ea ,, bok komen ,, mksud nya ctok bkan sarawak thun dpan main tanpa pemain import ,, mksud nya ctok ,, dlm kmpen sarawak crik pemain tyme tok tanpa ada pemain import ,, dlm friendly pun xda ,,

  5. Buatlah pilihan yang tepat..kalau boleh,betul2 target satu piala..jangan kecewakan penyokong yang dah lamak setia berhujan demi pasukan ngap sayot..mun pilihan pemain tepat,permainan cantik,stadium sarawak 2017 pasti akan bergema lagi dengan lautan merah..mun main jaik,tompok2 jak merah..haha

  6. Nak nganok pande, siktauk kah sush nak carik….
    Bgus sarawak cuba position
    4-3-3
    3-4-3
    4-4-2
    4-1-4-1
    4-2-3-1 padah jak ne tauk dpt pake
    Main tiki-taka kah. Sah lawan sik dpt bola

  7. KUCHING: Skuad bola sepak Sarawak 2017 bakal menampilkan 90 peratus pemain-pemain tempatan untuk menghadapi kempen Liga Super musim depan.

    Perkara itu didedahkan oleh Ketua Jurulatihnya, David Usop sambil berkata baki 10 peratus adalah pemain-pemain import tempatan dan asing.

    “Untuk musim depan, kita akan menggunakan 90 peratus pemain tempatan serta menghadkan penggunaan import tempatan bagi memberi peluang kepada pemain-pemain tempatan beraksi dalam saingan Liga Super 2017.

    “Justeru, ini peluang terbaik kepada pemain-pemain tempatan membuktikan kemampuan dan saya berharap mereka menggunakan kesempatan ini dengan sebaik mungkin,” katanya ketika ditemui semasa sesi latihan dan ujian di Padang C, Petra Jaya di sini semalam.

    Jelasnya, seramai lima pemain skuad Piala Presiden Sarawak pada musim ini diserapkan dalam skuad senior iaitu Nur Shamie Iszuan, Tommy Mawat, Rodney Celvin Akwensivie, Awang Kamaruddin Awang Bohan dan Abdul Rahim Abdul Razak.

    Menjelas mengenai kedudukan pemain-pemain import tempatan, beliau berkata: “Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) hanya mengekalkan tiga pemain iaitu Ronny Harun, Ramesh Lai dan Shahril Saa’ri”.

    “FAS juga melepaskan semua pemain import asing namun memberi peluang kepada pemain pertahanan, Teah Dennis untuk menjalani ujian bagi memburu slot pemain import.

    “Kita juga akan menguji beberapa pemain import asing bermula 28 November ini. Dua daripada pemain itu beraksi bersama kelab Geylang International FC. Kita turut memanggil dua pemain dari Liberia dan mengintai pemain dari Eropah seperti Uzbekistan,” jelasnya.

    Sesi ujian semalam bertujuan menguji sembilan pemain yang sedang beraksi pada kempen Liga Bola Sepak Rakyat Zon Borneo II (Sarawak) 2016/2017 dipanggil menyertai sesi pemilihan untuk mewakili skuad Liga Super Sarawak musim depan.

    Mereka ialah Izzray Ifarul Roslan, Mohamad Hafis Abu Bakar, Mohd Arif Azizan Ederis, Zul Mohi (Kuching FA), Amizi Badir, Nazreen Ismail (Betong), Nur Azlan Latip (Limbang FA), Alexander Jerom (Sarikei FA) dan Jonathan Antau Ben (Kapit).

    Kategori: Sukan

Comments are closed.