Berita kurang baik diterima kem Bujang Senang menjelang perjumpaan Sarawak FA dengan Pahang FA Sabtu ini.

Penyerang sensasi yang diharapkan oleh David Usop, Mateo Roskam, sah cedera.

Menurut laporan doktor pakar selepas meninjau imej MRI yang dibuat ke atas Mateo, pemain  dari Croatia itu bengkak di kaki, dan dikuatiri koyak otot.

Dalam pada itu, beliau mungkin akan terpaksa direhatkan selama dua hingga tiga minggu.

Sebelum ini, Mateo dikhabarkan enggan bermain ketika Sarawak menentang Kedah, sekaligus mewujudkan pelbagai spekulasi berkenaan sikap beliau.

Namun demikian, dengan berita terbaru ini, David dan seluruh peminat lega akan beliau sebenarnya memang cedera dan perlu direhatkan.

26 COMMENTS

  1. Nanga video alu d ambik last minute.. Dtg ctok test hebat tp br main1 game lunyai.. Bkn main sakit dtg trial ctok control sakit show hebat kt David Usop santorian..Ambik lh mohd Ali Sapiee legend ngap sayot mun nya sudi lh..

Comments are closed.