Pasukan Kuching FA akan memulakan saingan Piala FAM untuk perlawanan pertama di Stadium Negeri, Ahad ini.
Dalam perlawanan pertama ini, pasukan Kuching FA dijadualkan untuk menentang pasukan dari Selangor, iaitu Persatuan Bolasepak Melayu Selangor (PBMS).
Perlawanan tersebut dijadualkan akan bermula pada jam 4:15PM, Ahad ini.
Setakat ini masih tiada maklumat mengenai penjualan tiket untuk menyaksikan perlawanan tersebut.
Kemunculan pasukan Kuching FA merupakan penyertaan pertama dalam kejohanan Piala FAM setelah menjadi johan Liga Bolasepak Rakyat edisi pertama.
Pasukan Kuching yang turut dibintangi bekas pemain-pemain pasukan Sarawak FA diundi dalam kumpulan B, yang melibatkan 7 pasukan lain.