Pasukan lagenda Ngap Sayot bakal beraksi

Laman Facebook Persatuan Bolasepak Sarawak telah mengumumkan bahawa satu perlawanan pertunjukan yang melibatkan lagenda Ngap Sayot telah dirancang menjelang perlawanan pertama Liga Super 2017 di Stadium Negeri 3 Februari ini.

Difahamkan, perlawanan tersebut akan melibatkan pemain-pemain veteran dan berstatus lagenda Ngap Sayot dengan pasukan pilihan Sarawak FA. Pasukan yang bakal beraksi dinamakan King of Crocs menentang Sarawak Legends.

Antara pemain-pemain lagenda yang bakal beraksi ialah John Hunter, David Evan, Doug Ithier, Allistair Edwards, Alan Vest, Jalil Ramli, Shamsurin Abdul Rahman, Ramos Sari, Ramles Sari, Mohd Dahlan Matussin, Mohd Ali Sapiee dan Roslan Ismail.

Perlawanan pertunjukan tersebut dijadualkan akan berlangsung pada 3 Februari 2017 , jam 4 petang di Stadium Negeri.

Pihak Persatuan Bolasepak Sarawak turut menyeru penyokong untuk hadir ke stadium bagi menyaksikan perlawanan tersebut. Tiada bayaran akan dikenakan untuk menyaksikan perlawanan pertunjukan tersebut.

Pada keesokan harinya, penyokong berpeluang untuk bertemu dengan barisan lagenda ini pada 4 Februari di Dataran Stadium pada sebelah petang, menjelang perlawanan Liga Super di antara Sarawak menentang Pahang di Stadium Negeri.

Perancangan untuk majlis serta sesi bertemu peminat ini telah diumumkan semasa majlis pelancaran jersi pasukan Sarawak minggu lalu.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top