11sale

DAPATKAN BERITA BOLA SEPAK KUCHING TERKINI DI TELEGRAM KUCHINGBORNEO .

Dengan berakhirnya musim 2014 secara rasmiya esok, kami di SarawakCrocs.com ingin mencari seorang pemain yang anda rasakan cukup ‘legend’ atau patut diiktiraf sebagai ‘pemain kegemaran pasukan Sarawak’ bagi musim 2014.

Pemilihan pemain adalah berdasarkan undian peminat, dan ianya diharap akan dijalankan secara telus. Pemain yang dipilih akan dimasukkan ke dalam senarai ‘Fans favourite player’ yang kami mulakan pada tahun ini.

SHOPEE

Pemilihan boleh dibuat berdasarkan sikap pemain di atas padang, di luar padang, dan juga prestasi ketika perlawanan. Hubungan beliau dengan peminat juga harus diambil kira dalam undian anda.

Buat masa ini, tiada hadiah diperuntukan, namun ianya menjadi satu kebanggan kepada pemain bagi mengetahui bahawa dia adalah ‘pemain pilihan peminat’ bagi musim 2014.

Jika anda berminat untuk memberi input anda bagi mengenalpasti siapakah ‘pemain pilihan peminat’, sila lah mengundi di bawah. Untuk mengelakkan undi dua kali, peminat diminta log-in ke laman sosial Facebook untuk mengundi.

Bagi mereka yang mungkin berkesudian menaja hadiah, sila lah berhubung terus dengan pihak kami.

Keputusan ‘Pemain pilihan peminat’ akan diumumkan pada penghujung bulan September 2014.

2 COMMENTS

Comments are closed.