PROMOSI BAJU

DAPATKAN BERITA BOLA SEPAK KUCHING TERKINI DI TELEGRAM KUCHINGBORNEO .

Dalam wawancara bola@mamak, Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar ibni Sultan Ibrahim telah mendedahkan bahawa pembatalan pertandingan Piala Presiden dan Piala Belia adalah dilakukan atas permintaan pasukan – pasukan bertanding.

Tunku Ismail yang merupakan pemilik JDT FC berkata demikian apabila beliau menyelar tindakan pembatalan pertandingan tersebut kerana ianya akan mempengaruhi perkembangan bakat muda bola sepak di Malaysia.

Promosi RM1

“Kesanya (pembatalan Piala Presiden dan Piala Belia) sangat teruk kerana pemain muda kita perlukan permainan yang kompetitif” kata Tungku Ismail dalam wawancara tersebut.

“Ini (pembatalan Piala Presiden dan Piala Belia) akan matikan bakat – bakat muada kita” tambah Tunku Ismail lagi.

Dalam wawancara sama, Tungku Ismail juga mendedahkan bahawa ada pasukan yang bertanding yang memohon pembatalan kedua pertandingan tersebut kerana tidak berkemampuan.

Beliau menyebut bahawa pasukan – pasukan ini telah berbelanja besar dalam membeli pemain mahal, namun akhirnya mahu menjimatkan wang dengan tidak menguruskan pemain pasukan belia dan presiden mereka.

// LIHAT PROMOSI JERSI LIGA MALAYSIA TERKINI

Di samping itu, Tungku Ismail juga menyatakan bahawa sesebuah pasukan sememangnya tidak akan memiliki kewangan yang mencukupi untuk menguruskan pasukan belia jika mereka tidak mengutamakan pemain dari kalangan tersebut.

Dalam pada itu, Tungku Ismail juga menyatakan FAM tidak harus dipersalahkan kedua pertandingan tersebut dibatalkan pada musim ini kerana FAM hanya menurut permintaan ahli sekutunya.

“Bukan FAM (yang membatalkan Piala Presiden dan Piala Belia). Yang memohon adalah pasukan – pasukan lain kerana nak save bajet, tak nak bagi budak budak ni main.” kata Tungku Ismail.

“Bukan FAM. FAM cuma terima permohonan daripada rakan sekutu. Jadi jangan salahkan FAM. Ini keputusan daripada pasukan – pasukan lain.

“Kalau awak salah gunakan duit, kalau ada RM1.2 juta, awak nak beli pemain import sahaja, memanglah tak ada duit untuk labur dalam pembangunan pemain” tambah Tungku Ismail lagi.