Pasukan Liga Perdana Inggeris, Chelsea FC telah bersetuju untuk mengikat penyerang Alvaro Morata dari Real Madrid.
Persetujuan itu walaubagaimanapun akan tertakluk kepada pemeriksaan perubatan yang perlu dijalani Morata sebelum perpindahan beliau disahkan.
Morata yang berumur 24 tahun telah membantu Real Madrid memenangi Liga Juara Eropah pada musim lalu. Di LaLiga, beliau telah menjaringkan 20 gol bersama Real Madrid.
Jika Morata lulus melepasi pemeriksaan perubatan yang dijalankan, beliau akan menjadi pemain ke-empat menyertai pasukan Chelsea untuk musim akan datang.
Chelsea telah sebelum ini turut menandatangani pemain Willy Caballero dari Manchster City, Antonio Rudiger dri Roma dan Tiemoue Bakayoko dari Monaco.