Home English Football Ashley Young ke Everton

Ashley Young ke Everton

Pemain veteran Ashley Young telah diumumkan sebagai pemain pertama yang berhijrah ke Everton FC.

Young yang berusia 38 tahun, merupakan pemain pertahanan yang pernah berkhidmat dengan pasukan Watford, Manchester United, dan Aston Villa, sebelum berhijrah ke Everton.

Menurut laman web rasmi kelab itu, Young telah diperolehi melalui perpindahan percuma pada kali ini dan beliau telah mengikat kontrak selama setahun bersama kelab barunya.

Menurut Young, beliau memilih untuk berhijrah ke Goodison Park kerana mengenali dan mahu bekerja sama dengan pengurus Everton, Sean Dychee.

Dychee merupakan bekas pengurus Watford ketika Young memulakan karier profesionalnya di dalam bola sepak.

RECOMENDED LINKS: