Kelab bolasepak Arsenal bangkit dari ketinggalan satu gol malam tadi, untuk menyamakan kedudukan, dan sekaligus menewaskan kelab bolasepak Chelsea melalui format penalti baharu pertandingan Piala Sumbangsih bolasepak Inggeris yang baharu diperkenalkan.

Di dalam perlawanan tersebut, Victor Moses membuka tirai jaringan pada minit ke-44, sebelum Saed Kolasinac menyumbat masuk tandukan pada saat-saat terakhir pertandingan.

Satu kad merah turut dilayangkan setelah Pedro Rodriguez mengasari Mohamed Elneny.

Gol penyamaan Kolasinac tersebut meletakkan kedua-dua pasukan terikat sehingga tamat masa penuh, sekaligus memaksa perlawanan memasuki penentuan sepakan penalti.

Melalui format baharu sepakan penalti tersebut, Arsenal akhirnya merangkul Piala Sumbangsih Liga Inggeris apabila Theo Walcott, Nacho Monreal, Alex Oxlade-Chamberlain dan Olivier Giroud menyempurnakan sepakan masing-masing, dengan Thibaut Courtois dan Alvaro Morata, yang mewakili Chelsea, tersasar. – sarawakcrocs.com

Comments

3 COMMENTS

Comments are closed.