Sarawak United malam ini boleh merangkul kejuaraan Liga Premier buat julung kalinya jika menewaskan pasukan Negeri Sembilan FC.
Pasukan yang dilatih E. Elavarasan itu mempunyai kelebihan dari segi pungutan mata berbanding Negeri Sembilan di dalam liga, namun mata penuh dari perlawanan malam ini akan memastikan mereka mengesahkan kejuaraan liga sebelum musim Liga Premier tamat.
Ini adalah kerana kemenangan bagi pihak Kenyalang Emas akan memastikan pasukan tersebut memungut 40 mata, cukup untuk mengasingkan diri daripada pencabar terdekatnya, Negeri Sembilan, yang hanya akan mempunyai 38 mata jika berjaya memenangai baki satu perlawanan selepas malam ini.
// PROMOSI BASIKAL MURAH KINI DI SHOPEE
Keputusan seri walaubagaimanapun boleh mengundang bahaya kepada Sarawak United kerana ianya bermakna Sarawak United akan perlu menewaskan JDT II pada perlawanan terakhir kelak.
Jika Negeri Sembilan berjaya menewaskan pesaingnya, dan Sarawak United tewas dalam perlawanan terakhir, maka kejuaraan mungkin akan menjadi milik pasukan bimbingan K Devan jika mereka berjaya mengatasi kelebihan jaringan Sarawak United.
Jika Sarawak United dikalahkan pula malam ini, kedudukan kejuaraan Liga Premier mereka akan berada di hujung tanduk kerana Negeri Sembilan mempunyai peluang lebih besar untuk merampas kejuaraan liga yang kini sudah sangat hampir menjadi milik Sarawak United.
Ini adalah kerana Sarawak United bukan sahaja perlu menang perlawanan terakhir menentang JDT II, tetapi juga mengharapkan Negeri Sembilan kalah perlawanan terakhirnya yang mana merupakan perlawanan menentang PDRM FC.
Dalam pada itu, jika Sarawak United mahu menjadi juara Liga Premier buat kali pertama dalam sejarah penubuhannya sejak 1946 sejak ianya dikenali sebagai Malaysia Malays’ Football Association football team, malam ini adalah penentu kepada kejuaraan dan kejayaan manis pertama kelab yang kini dimiliki oleh Persatuan Bolasepak Sarawak.