PROMOSI BAJU

DAPATKAN BERITA BOLA SEPAK TERKINI DI TELEGRAM MySARAWAK .

Kuching City kini hanya perlukan satu lagi kemenangan atau satu lagi keputusan seri untuk melayakkan diri ke Piala Malaysia 2021.

Menurut ketua jurulatih Kuching City, Irfan Bakti, pasukan bimbingannya perlu menewaskan atau seri menentang Kelantan United jika mahu bermain di Piala Malaysia.

Promosi RM1

“Kuching City harus menang atau seri dengan Kelantan United untuk melayakkan diri ke Piala Malaysia.” jelas Irfan.

Beliau turut lega kerana pemainnya ada tambahan sehari untuk rehat selepas bermain secara terus menerus enam perlawanan dalam masa yang singkat.

“Kita ada rehat tambahan sehari kerana perlawanan tersebut pada hari Sabtu.” jelas Irfan lagi.

Dalam perkembangan sama, Irfan turut menjelaskan bahawa perlawanan menentang kelantan United kelak tidak boleh dipandang enteng.

Beliau menyatakan bahawa semua perlawanan adalah sukar, dan bermain seperti pasukan The Cats, dimana terpaksa mengharungi satu perlawanan setiap tiga hari, meletihkan.

“Bagi saya semua perlawanan sukar.

“Tahu sajalah perlawanan satu perlawanan dalam tiga atau empat kali memang meletihkan.

Ini perlawanan kami yang ke-enam tanpa berhenti sejak mula bermain dan jadi saya pujilah pemain saya.” kata Irfan lagi.

Kuching City kini telah terlepas slot ke Liga Super 2022 biarpun mempunyai baki empat perlawanan. Sungguhpun demikian, pasukan The Cats ini masih mampu melayakkan diri ke Piala Malaysia musim ini jika berjaya menghabiskan liga di kalangan lima pasukan bukan pasukan simpanan terbaik di Liga Premier.

// LIHAT PROMOSI TERKINI SHOPEE