PROMOSI BAJU

DAPATKAN BERITA BOLA SEPAK TERKINI DI TELEGRAM MySARAWAK .

Perlawanan melibatkan Kuching City pada hujung minggu ini telah ditunda lagi.

Malaysian Football League (MFL) telah memutuskan perlawanan di antara Kuching City FC dan Kelantan United FC yang dijadual berlangsung pada Sabtu, 11 September 2021 di Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang terpaksa ditunda ke satu tarikh yang akan ditetapkan dalam masa terdekat.

Promosi RM1

Keputusan itu dibuat atas persetujuan Ahli Lembaga Pengarah MFL apabila mendapati dua pemain Kelantan United telah positif COVID-19 hasil daripada ujian calitan terhadap pemain tersebut.

// JERSI KUCHING CITY MURAH KINI DI SHOPEE

Selaras dengan prosedur operasi standard (SOP) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), pegawai dan pemain pasukan Kelantan United akan dikuarantin serta tidak dibenarkan menyertai sebarang aktiviti dalam tempoh tersebut bermula 10 September 2021.

Ahli Lembaga Pengarah MFL dalam kenyataan rasmi badan tersebut berkata ianya akan memutuskan tindakan selanjutnya berhubung status perlawanan tersebut dalam masa terdekat.

Ahli Lembaga Pengarah MFL dalam kenyataan rasmi badan tersebut berkata ianya akan memutuskan tindakan selanjutnya berhubung status perlawanan tersebut dalam masa terdekat.