Persatuan Bolasepak Bahagian Bintulu (BIFA) pada 22 September lalu telah melantik En. Mohd. Zaifulfadillah B. Hj. Junaidi sebagai presiden baharu persatuan tersebut.

Zaifulfadillah yang juga merupakan presiden Kelab Bola Sepak Brotherhood & Pride Assyakirin Edi, dilantik selepas undian pemilihan ahli jawatankuasa dibuat di sebuah hotel di Bintulu.

Tips & maklumat berkenaan FPL dari Malaysia

Beliau akan memegang jawatan presiden BIFA sehingga 2021 selepas menang tanpa bertanding ketika undian dibuat.

Dalam kenyataan pertama beliau selaku presiden, Zaifulfadillah telah memberi komitmen terhadap memajukan bolasepak peringkat komuniti di Bintulu, sekaligus memberi sedikit sinar kepada kelab-kelab amatur serta warga Bintulu untuk menikmati bolasepak pada kualiti tertinggi di Bintulu pada masa hadapan.

Sebelum ini, presiden BIFA adalah Duke Janteng, dan beliau telah mengundur diri bagi memberi peluang kepada ‘tenaga muda’.

Selain Zaifulfadillah, Mehdi Yahya dilantik menjadi Timbalan Presiden, manakala dua naib presiden ialah Awang Morsal Biak dan Gecefferrama Ebbie.

Mohd Amir Firdaus Abdullah dilantik sebagai setiausaha, dan Awang Madihi Yatim dilantik sebagai Bendahari BIFA.

Lapan ahli jawatankuasa ialah July Udus, Roziman Ramblie, Mohd Fadzillah Ismail, Mohd Isquandar Saudi, Zapri Manai, Shafiee Ahmad, Muhd Ilyasa Saffiee dan Samsuri Narawi.