MENGIMBAU KENANGAN RAMOS DAN RAMLES:
Final Piala Malaysia 1999. Sarawak 1-2 Brunei. Perlawanan Piala Malaysia yang mencatat sejarah tersendiri di dalam arena bola sepak tempatan kerana ianya merupakan pertemuan final yang menampilkan dua pasukan dari kepulauan Borneo. Saya masih ingat pada masa itu. Harapan rakyat Malaysia yang tidak ingin melihat piala berprestij itu dirangkul oleh sebuah lagi pasukan jemputan.
Sebelum itu Singapura menjuarainya sebanyak 24 kali. Kejuaraan terakhir adalah pada tahun 1994 sebelum pasukan “The Lions” menarik diri daripada bola sepak Malaysia untuk membina liga bola sepak mereka sendiri. Final Piala Malaysia 1999 juga adalah perlawanan terakhir Piala Malaysia di Stadium Merdeka yang pernah menjadi stadium keramat skuad Harimau Malaya pada satu ketika dulu.
Penjaring gol tunggal Sarawak pada masa itu ialah Ramles Sari. Nyatakan sahaja nama “The Sari’s Twin” kepada mana-mana peminat bola sepak di Sarawak, pasti akan terbayang kelibat lincah Ramles dan Ramos yang merupakan nadi utama serangan skuad Bujang Senang pada masa itu. Ramles berjersi nombor 6 dan Ramos berjersi nombor 3.
RECOMENDED LINKS:
- Join our TELEGRAM for latest updates
- Buy the latest EPL football jerseys
- Buy the latest National football jerseys
Ramles bermain sebagai sayap kiri. Ramos di sayap kanan. Kedua-duanya gemar diturunkan serentak di dalam kesebelasan utama. Mudah untuk mereka memberi semangat untuk satu sama lain. Persefahaman yang sudah terbina sejak kecil sering kali mengelirukan pasukan-pasukan besar pada masa itu seperti Selangor, Pahang, dan Singapura.
LATAR BELAKANG KEMBAR SARI
Dilahirkan pada 6 November 1967 dan berasal daripada Sri Aman, Sarawak, yang secara tidak sengaja juga merupakan tempat asal usulnya lagenda buaya hebat bergelar ‘Bujang Senang’. Bakat kedua-duanya dikesan oleh pengurusan Sarawak FA yg diterajui oleh Alan Vest melalui pertandingan tempatan pada masa itu.
Ramos bermain bersama pasukan Hilton dan dipanggil utk menyertai sesi uji bakat pada tahun 1991. Debut pertama beliau bersama Sarawak ialah pada tahun 1992. Beliau juga adalah sebahagian daripada pemain utama di dalam skuad kebangsaan yang muncul sebagai naib juara Kejohanan Pesta Bola Merdeka pada tahun 2000. Rekod jaringan empat gol Ramos apabila Sarawak membelasah Pahang ketika perlawanan Piala Malaysia 1997 masih kekal dimana beliau merupakan satu-satunya pemain tempatan dengan jaringan terbanyak di dalam satu perlawanan.
Berbeza dengan kembarnya, Ramles hanya menyertai pasukan Sarawak pada tahun 1996. Sebagaimana kembarnya, bakat beliau juga dikesan ketika bermain bersama pasukan Holiday Inn di dalam perlawanan tempatan. Bermain di sebelah kiri, rembatan kaki kirinya yang kencang amat digeruni oleh penjaga gol lawan. Jaringan gol di dalam perlawanan akhir Piala Malaysia 1999 pasti akan dikenang oleh beliau sampai bila-bila. Kedua-dua Ramles dan Ramos Sari terus bermain dengan pasukan Sarawak sehingga tahun 2006.
KEMBAR SARI KINI
Pada hari ini Ramles dan Ramos masih giat di dalam sukan bola sepak. Kedua-duanya masih giat bermain untuk pasukan-pasukan tempatan mahupun di atas jemputan pasukan-pasukan veteran. Kelincahan, kegigihan dan disiplin ketika di atas padang masih jelas kelihatan walaupun sudah berusia.
Ramles juga kini turut bertindak sebagai pengurus dan jurulatih untuk Kelab Finexsys yang dimiliki oleh Sean dan Keiron Long yang mana kelab tersebut kini merupakan ahli gabungan Persatuan Bolasepak Bahagian Kuching dan turut bertanggungjawab mengetengahkan bakat muda dari Sarawak. Selain daripada itu, Ramles turut membawa pasukan Finexsys untuk beraksi di dalam kejohanan tempatan antarabangsa di negara rantau seperti di Phuket International Soccer 7s dan Borneo Football Cup.
Ramos dan Ramles Sari membuktikan satu perkara kepada kita. Untuk menjadi seorang pemain bola sepak, anda perlukan disiplin yang baik di dalam mahupun di luar padang. Anda juga memerlukan sokongan keluarga dan pasukan pengurusan yang profesional. Sebagai peminat bola sepak tempatan, pasti ramai rindu melihat pemain seperti pasangan kembar ini.
Persoalan yg saya sentiasa tanya diri pada hari ini. Bolehkah pasukan Sarawak FA melahirkan lebih ramai Ramos dan Ramles?
*Artikel ini adalah sumbangan Gary Hardin Lugard.
Terbaik….
Teringat kecik2 dolok mun hbis cita hindi, kan selalu ada madah sia, “sari kata disediakan oleh “, alu la nambah nama “ramos/ ramles sari kata disediakan oleh ” 😂
Hahaha..nice one!
Dua ni kmbo main mmg baik..muntah air ketom team lwan nk jge..mmg laju lari lecek bola..
Terbaik….
Yup
The legend
absolutely couldnt agree more
Gian nangga swak main waktu geng cdatu main
Ramos ngau remles….
Teringat swk membelasah pahang 4-0
Semua gol oleh ramos sari sorg…
Legend..sepanjang zaman
Kenangan manis bla lwn team ramos kt serian….time ya piala datuk richard riot final….meremang bulu time salam ngan nya tok….jumpa legend…..
Legend
Cari juga ttg info Gilbert Cassedy Gawing…slh seorg star tempatan sarawak pada masa dulu…
Boleh coba amik nya 2 tok jd coach
nk tanya sikit,blh sik????sarawak hujut kh dlm liga super????bkan apa tanya,x pernah tgk live…asyik team yg sama live…hairan…
Turun stadium mun ada kesempatan bos. More meaningful.
totally right
Kmbar ‘sari’ tiada pngnti smpai skrng ini. Msh xda seorg pun pmain tmpatan swak yg shebat kbar ‘sari’
,x wujud kali.. bayang2 hitam ajak
Gilbert pun boleh tahan juak haha
Bkn bobi pian kah..a.k.a abg sopian lagi best
Sewaktu dgn nya pok hahah
Duak orang “legend” bujang senang sarawak..tabik…
heck yes
Terbaik belum ada penganti Masa tok
Memang Legend…tiada penganti…
legend boleh main lagik untuk pasukan sarawak
legend…salute
Tbaik
…..legend
Spatut nya ckmbar sari tok,boleh jadi sbagai penolong juru latih srawak team bah…
Dyg Zubaidah Karim
Legend Srwk..rindok ngga nya2 main, dgn larian pantas Ramos dn Ramles..
Ado cdak main perlawanan persahabatan hari khamis lepas kat stadium swk
Mun ktk ado ctuk tek apat wak ktk ngga..
Kenak ngn icon yo… po maksud ea.. hahaha…
X do apo2..mcm raso rugi x ngga nyo2 beraksi..
Lain kali jak lah
Interesting thanks really good more on please
Paling legend main tengah Ali sapiee mmg kaw, bkn kdak no 16 nektok.. Btahun2 d simpan tp xda gaya langsung.. Komen positif tok bkn menghina@yg sewaktu ngan nya.
Masih terngiang di telinga suara pengacara menyebut kelincahan ramos dan ramles sari beraksi di padang….
The best….team sarawak dolok…..the flash affendy julaihi gik…
playboy dak 2 tok knektok.. hiho
😂😂😂
Bila agi Negeri Sarawak nemu pemain lincah & pintar baka sduai pok?
Kembar lagenda
the twin legend 💪#salutefromterengganu
Wing kiri & kanan.Lipas kudung punya laju zaman sidak duak tok.
Legend
Legend