Home Malaysian football Sibu FA berdepan cabaran sengit di peringkat suku akhir LBR Wanita

Sibu FA berdepan cabaran sengit di peringkat suku akhir LBR Wanita

Pasukan Sibu FA bakal berdepan saingan sengit apabila diundi menentang Felda United dalam saingan peringkat suku akhir Liga Bolasepak Rakyat Wanita 2017.

Sibu FA sebelum ini melangkah ke peringkat suku akhir apabila mengalahkan Bintulu (3-1) dan Sekolah Sukan Sabah (3-1)  di saingan kumpulan A. Dua kemenangan itu tetap melayakkan mereka ke peringkat suku akhir biarpun tewas menentang Samarahan 1-0.

Felda United pula mengejutkan ramai pihak apabila mencatatkan kemenangan besar, apabila mengalahkan pasukan Al -Astana 11-0 dalam kumpulan B. Felda United turut mengalahkan Batang Padang 12-1.

Pertemuan Sibu FA dan Felda United dijangka merupakan perlawanan tumpuan untuk peringkat suku akhir Liga Bolasepak Rakyat Wanita 2017.

Pengurus pasukan Sibu FA, Encik Kushairy Bujang ketika dihubungi SarawakCrocs berkata mereka sedang dalam proses untuk mendapatkan mantan pemain untuk pasukan wanita Malaysia dari Sabah sebagai persediaan menentang Felda United pada 10 dan 12 Februari ini.

RECOMENDED LINKS: