Sebelum ini, terdapat khabar angin mengatakan pasukan Sarawak FA mungkin menarik diri daripada Challenge Cup.
Sebaliknya, Sarawak kekal untuk bersaing dalam merebut gelaran juara sulung piala ini.
Ini adalah satu khabar yang menggembirakan semua pihak.
RECOMENDED LINKS:
- Join our TELEGRAM for latest updates
- Buy the latest EPL football jerseys
- Buy the latest National football jerseys
Berdasarkan ini, kami melihat bahawa terdapat beberapa sebab mengapa Sarawak mesti kekal dalam Challenge Cup. Antaranya adalah:
FAKTOR KOMPETITIF
Gagal layak ke Piala Malaysia bermakna Sarawak harus menunggu hampir 7 bulan sehingga musim 2019 membuka tirainya. Tanpa Challenge Cup, maka tiadalah perlawanan kompetitif yang boleh mendatangkan manfaat ke segenap aspek berkaitan pasukan dan persatuan (perlawanan persahabatan dan pra-musim tidak dikira sebagai perlawanan kompetitif).
Selain itu, langkah menarik diri bakal mengundang tindakan tatatertib dan denda daripada penganjur liga, Malaysian Football League (MFL).
FAKTOR KONTRAK

Tanpa saingan kompetitif selama 7 bulan, apa yang pemain-pemain lakukan? Takkan berlatih setiap hari tanpa hala tuju? Mereka diikat secara kontrak sehingga hujung tahun bersama pasukan.
Jadi, untuk menjustifikasikan kontrak dan gaji mereka, Challenge Cup ialah saingan kompetitif yang berbaloi untuk mereka beraksi. Tiadalah timbul isu pemain (terutamanya pemain import) makan gaji buta dan sebagainya.
FAKTOR PASUKAN

Challenge Cup juga ialah medan terbaik untuk Sarawak mengetengahkan pemain-pemain muda mereka. Ada antara mereka beraksi dengan baik semasa saingan Liga Premier.
Walau bagaimanapun, dengan minima 6 perlawanan dalam kejuaraan ini, Ian Gillan hendaklah bijak menyeimbangkan campuran pemain muda dan senior agar dapat mencatat keputusan memberangsangkan dan memanfaatkan sumber bakat sedia ada.
FAKTOR KOMERSIL
Jika Sarawak menarik diri, tiadalah tarikan komersil untuk pasukan dan juga industri yang berkaitan dengannya. Tanpa sebarang perlawanan kompetitif, tiada penonton datang ke stadium, mengakibatkan kutipan jualan tiket langsung tiada.
Jualan jersi pasukan oleh Lea Sports Centre (LSC) akan menjadi lebih perlahan kerana tiada sebab untuk memakainya (tetapi anda boleh mendapatkan jersi tribal SarawakCrocs seperti di atas yang awesome di sini). Lagi membimbangkan, nilai komersil Sarawak serta Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) akan menurun dengan lebih buruk.
FAKTOR PENAJAAN
Menarik diri daripada Challenge Cup akan merugikan pasukan, pengurusan dan juga penaja. Sudahlah nilai komersil semakin merudum, penaja pula mungkin menarik diri daripada menyalurkan tajaan. Harus diingat, penajalah yang banyak membantu Sarawak untuk kekal bersaing.
Jika Sarawak berjaya mendapatkan penaja jangka pendek sekurang-kurangnya sehingga tamat kejuaraan ini, mungkin mereka akan mempertimbangkan cadangan penajaan jangka panjang pada musim hadapan.
FAKTOR PENYOKONG
Ini antara komponen yang penting. Sanggupkah kita melihat penyokong Sarawak merana tatkala penyokong Johor DT, Kelantan dan sebagainya turun ke stadium bersorak meraikan pasukan mereka?
Walaupun sedikit, penyokonglah yang membangkitkan semangat kepada pemain dan penonton. Oleh itu, dengan adanya Sarawak dalam kejuaraan ini, marilah kita turun ke stadium dan gamatkan suasana.
Skuad Bujang Senang akan memulakan kempen menentang pasukan UKM di Stadium Selayang, 7 Ogos ini. – SARAWAKCROCS.COM/RSI
Sebab sudah tiada perlawanan liga lagi…jadi itu saja lah perlawanan sesuai utk sarawak. Kalau tak turun padang nanti org cakap sik molah keja, makan gaji buta…nak jadi champion jauh sekali…hahahaha
Nang level swak dlm piala tok . Mun main liga super pot utk team lain dpt 3 point .
Sebb Sarawak masih belum meyelah lagi dlm prmainan
Bgus bubar jak mun tarit drik. Pencapaian paling buruk sepanjang zaman Di bawah pentadbiran baru…
Press Metal sponsor hahaha
Fezal Mawi 15M cgek season boleh.. Kau manage. Mhahaha
Bila menang dipuji bila kalah dikeji belum main dah ngaku Kalah. Mun juara sbln Six abis muji pemain swk
Masa tok la tga sapa blh kekal utk musim dpn..
Betul
Sebab sarawak sik masuk piala malaysia.. 😆
Harap dpt masuk final Ngap sayot
Be the 1st Champion
Bodoh soalan ..kenapa sarawak nak main ?
Sebab pemain perlu bermain… Labih baik bermain, daripada tak bermain tapi kontrak jalan.
trlepas piala malaysia tu aja lah piala yg sarawak bolih sertai piala kasihan
Untuk jadi pasukan belasahan…
Utk menjadi pasukan belasahan bagi memantapkan pasukan lawan…
Asoh ngasu dlu cda baru nmu main bol…kurang cas pamoga.