Challenge Cup: Sarawak boleh tebus musim menyedihkan

Sarawak akan bersaing dalam Challenge Cup yang akan bermula minggu hadapan. Sarawak diundi bersama Terengganu FC II (TFC2), UKM FC dan Negeri Sembilan dalam Kumpulan A.

Challenge Cup adalah piala baru yang diilhamkan oleh MFL untuk memberi peluang kepada pasukan yang tidak layak beraksi di Piala Malaysia untuk bertarung sesama mereka dan memenangi piala.

Melihat kepada undian, Sarawak dilihat mampu muncul juara kumpulan A jika mereka mengekang Negeri Sembilan. Untuk rekod, Negeri Sembilan satu-satunya pasukan dari Liga Super yang bertanding di Challenge Cup ini.

Skuad kendalian Ian Gillian dijangka tidak akan berdepan masalah untuk membenam cabaran pasukan Liga Perdana UKM FC dan TFC2. Ketika saingan liga, Sarawak berjaya memperoleh 3 mata menentang kedua-dua lawan.

Jika berjaya menjadi juara kumpulan A atau layak ke separuh akhir, Sarawak akan bertemu sama ada Pulau Pinang, UiTM FC, JDT2 atau ATM dari Kumpulan B.

Laluan Sarawak ke final dilihat sedikit berliku jika bertemu JDT2 berdasarkan prestasi keseluruhan musim.

Inilah pentas di mana para pemain Sarawak boleh menunjukkan kemampuan sekaligus menarik semula perhatian peminat yang dahagakan kejayaan.

Jika Sarawak berjaya menjadi juara sulung Challenge Cup ini, ia pasti menjadi sejarah kepada pasukan sendiri dan juga sejarah kepada pengurusan yang pastinya berbangga mempunyai skuad yang mampu juga menjulang piala.

Selamat maju jaya kepada Ian Gillan dan pemain-pemain Sarawak. Buktikan kepada pengkritik bahawa anda sememangnya adalah pasukan yang bagus dan masalah dalaman boleh dihadapi jika kita semua bersatu. Ngap Sayot! – SARAWAKCROCS.COM/JJF

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top