Pasukan Sarawak FA dikhabarkan mungkin akan menarik diri diri menyertai Piala Cabaran kerana dikatakan tidak mempunyai dana.
Pihak kami tidak dapat mengesahkan berita ini kerana ianya kini masih dianggap ura-ura dan khabar angin sahaja.
Biarpun begitu, menarik diri dari sesuatu pertandingan pada saat akhir adalah sesuatu yang dipandang serius oleh pihak FMLLP yang menganjurkan Piala Cabaran, dan boleh mengakibatkan pasukan Sarawak FA didenda.
Pasukan Kuantan FA yang menarik diri dari Liga Premier musim ini telah menyaksikan mereka digantung dari menyertai mana-mana pertandingan anjuran FAM selama dua tahun.
Dalam pada itu, pembubaran pasukan Sarawak FA sebelum Piala Cabaran adalah berlainan dengan ideologi membubarkan pasukan Sarawak FA yang mahu dilakukan pada musim hadapan, yakni musim 2019.
Sungguhpun demikian, jika benar Sarawak FA tidak mempunyai dana dan wang untuk bermain untuk Piala Cabaran, makin sesuailah masa untuk pasukan tersebut dibubarkan dan tidak bertanding pada musim hadapan. – SARAWAKCROCS.COM/CDN
#BubarSarawakFA #BubarPasukanNegeri
RECOMENDED LINKS:
- Join our TELEGRAM for latest updates
- Buy the latest EPL football jerseys
- Buy the latest National football jerseys



Elok lh tu..abis kn duit kerajaan ajak…
Tarik diri daripada Liga Malaysia sekali.. memalukan orang Sarawak jak team tok
Masalah ni timbul kerana pengurusan yg lemah…
Kenak takutkah ???
Cuak duhal team org sarawak….hahahahahaha…bok kenak challenged sikit jak
Kabar angin
Banyak bajet diperlukan untuk tambang dan hotel.
Kalau ada 12 team sarawak kena ulang alik ke semenanjung 11 kali..sedangkan team lain hanya sekali sahaja main d sarawak..aku mana2 ja..ikut boleh x ikut pun x de hal..
Bt alternatif lain..main dlm liga srwk…
Tarik diri sebab takut kalah dan kena kutuk.
Kong kali kong..
Xda lawan yg cukup2 mencabar dlm Challange Cup utk team Sarawak…hahaha
#FAS sila berikn ulasan..😊
Sbb tau kalah tarik diri
itu lah duit byk dsalah guna lps tu nak tarik diri ha ha pa nak jadi pada team salah