Mantan Penolong Setiausaha Agung FAM ganti Posa?

Dengan khabar pengganti Posa Majais selaku Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) semakin marak sejak kebelakangan ini, hadir beberapa nama yang terkait dengan jawatan penting itu.

Kelmarin, Rahman Lariwoo dilaporkan berminat untuk menjadi Presiden FAS menggantikan Posa.

Hari ini, khabar angin yang kami dengar adalah bahawa bekas Penolong Setiausaha Agung FAM, Abang Zulkarnain Abang Abdurahman pula dikaitkan dengan jawatan panas itu.

Khabar di media sosial dan juga kumpulan – kumpulan berkaitan bola sepak Sarawak menyatakan bahawa individu yang lebih mesra dipanggil dengan nama Abang Zul itu adalah individu yang boleh membawa bola sepak Sarawak ke pentas lebih baik ekoran pengalaman luas beliau dalam bidang bola sepak dalam dan luar negara.

Malah, Abang Zul juga bukan nama asing dalam bola sepak Sarawak dan pernah menjadi individu penting di sebalik tabdir pelbagai aktiviti bola sepak Sarawak.

Beliau dikatakan sudah biasa dengan lumrah bola sepak Malaysia, dan serba tahu menguruskan sesebuah persatuan bola sepak.

Abang Zul juga pernah dikaitkan dengan jawatan Setiausaha Agung FAM pada tahun ini, yang mana merupakan jawatan yang amat besar tanggungjawabnya di peringkat bola sepak.

Malah, dalam Sinar Daily’s Footy Forum yang baru disiarkan, Abang Zul juga telah berkongsi akan hal – hal pengurusan perlawanan bola sepak yang berfokus kepada penganjuran Piala Dunia Qatar.

Dalam pada itu, beberapa peminat merasakan pengalaman beliau itu akan membantu FAS berubah kelak menjadi satu badan yang lebih kepada pembangunan bola sepak berbanding situasinya kini, sekaligus memberikan Abang Zul kelebihan.

Samada Abang Zul berminat atau tidak untuk menggalas jawatan presiden FAS, ataupun Posa mahu melepaskan jawatan tersebut kepada individu baharu tanpa syarat, masih lagi menjadi tanda tanya buat ketika ini.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top