Pihak SarawakCrocs.com hari ini mendapat perkhabaran gembira untuk peminat bolasepak Sarawak yang akan merindui aksi Bujang Senang.

Menurut informasi yang kami terima, pasukan Sarawak bakal bertemu dengan pasukan Liga FAM dari Sabah, DYS FC dalam satu pertemuan persahabatan esok, 26 Mac 2016.

Tips & maklumat berkenaan FPL dari Malaysia

Pertemuan akan berlangsung di Stadium Negeri Sarawak, dan perlawanan tersebut akan bermula jam 7:30PM.

Masuk untuk menyaksikan perlawanan persahabatan tersebut adalah percuma.

Peminat bolasepak Sarawak tidak akan dapat melihat aksi Sarawak di Stadium Negeri sepanjang bulan April apabila pasukan bimbingan K Rajagobal diarahkan bermain di dalam stadium tertutup sebagai denda kegagalan Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) mengawal disiplin pemain mereka.