Laman Facebook Shoot Sampe Bisak kelmarin memberi bayangan bahawa Juan Carlos Magro Oliva bakal menjadi Ketua Jurulatih pasukan Sarawak United.
Dakwaan laman tersebut buat masa ini hanyalah satu khabar, namun bekas jurulatih akademi Valencia CF itu dikatakan hampir pasti diikat oleh Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) sebagai ketua jurulatih baharu Sarawak United.
Ketua Jurulatih yang senang dipanggil coach Magro itu berusia 42 tahun dan berasal dari Sepanyol.
Hasil carian kami mendapati bahawa Magro sebelum ini juga pernah berkhidmat di China, namun belum pernah menjadi ketua jurulatih bagi sebuah pasukan Liga Professional seperti Sarawak United.
Di China, beliau teelibat dengan akademi Real Madrid selama hampir setahun, dan sebelumnya beliau bersama akademi Valencia CF selama sebulan.
Selain daripada itu, Magro juga disebut sebagai sebuah jurulatih yang dedikasi dan sering terlibat dengan program pembangunan yang melibatkan kanak-kanak.
Buat masa ini, kami tidak menjumpai sebarang rekod Magro mengambil alih pasukan professional atau dewasa.
Menurut laman TransferMarkt.com, Magro pernah menjadi ketua jurularih untuk pasukan bawah 19 tahun
Jika benar Magro adalah ketua jurulatih baharu Sarawak United, ianya mungkin cubaan pertama jurulatih tersebut ke dalam arena bola sepak professional.