Persatuan Bolasepak Mukah (MuFA) hari ini telah mengeluarkan kenyataan untuk memohon maaf kepada Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) atas laporan tuntutan bayaran kos penganjuran Piala Sarawak tahun lepas.

Menurut laman rasmi Facebook MuFA, pihak MuFA hanya menuntut RM25,000 sebagaimana yang dijanjikan oleh FAS dan bukannya RM80,000 seperti yang digembar gemburkan sesetengah pihak.

Pihak MuFA turut memahami bahawa FAS ternyata berhadapan dengan kemelut kewangan, dan turut berharap agar masalah ini dapat diselesaikan dengan kadar segera.

MuFA telah dilaporkan meminta wang geran yang dijanjikan oleh FAS kerana menganjurkan Piala Sarawak sebelum ini.

DISCLAIMER: SarawakCrocs is not responsible for views and comments made by readers and followers in relation to this article. The view and comments are owned by the account owner and does not, in any way reflect what we stand for. All liabilities and risk stemming from the comments that are published are the responsibility of the account holder. Thank you. SarawakCrocs Tribal jersey