Home Malaysian football Pemain liga Jerman bakal sertai Sarawak United?

Pemain liga Jerman bakal sertai Sarawak United?

Biarpun masih samar-samar ketika ini, maklumat yang kami perolehi membayangkan pemain yang bermain di Liga Jerman sedang mencuba nasib bagi mengisi slot pemain import Sarawak United.

Pemain yang belum 100% dikenalpasti ini dipercayai adalah Karoj Sindi.

Beliau yang bermain sebagai pemain sayap berumur 30 tahun dan merupakan pemain kelahiran Iraq.

Laman bolasepak Shoot Sampe Bolesepak juga turut memberi bayangan bahawa pemain kelahiran Iraq kini menyertai pasukan Sarawak untuk sesi percubaan.

Info ini sekaligus membayangkan bahawa wujud keserasian di antara maklumat yang kami perolehi dengan maklumat laman popular itu.

Jika benar Sindi adalah pemain yang disebutkan, maka beliau sebelum ini bermain dengan beberapa kelab amatur dan separuh profesional di German.

Sarawak United kini sedang giat membuat pemilihan pemain dengan hanya seorang pemain dikenalpasti sebagai pemain pasukan tersebut.

Pemain yang dikenalpasti adalah bekas pemain Sarawak FA, yakni Ashri Chuchu.

RECOMENDED LINKS: