Lima teratas satu bonus

Presiden baharu Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS), Dato Posa Majais semasa sidang media selepas pemilihan beliau sebagai Presiden, menyatakan bahawa Liga Super adalah satu pertandingan yang sangat kompetitif.

Dalam pada itu,  beliau menyatakan bahawa dengan hakikat bahawa pasukan bimbingan David Usop terdiri daripada banyak pemain kurang berpengalaman, maka peminat perlu realistik dengan harapan musim ini.

Mengulas lanjut perkara tersebut,  Posa menyatakan bahawa kedudukan lima teratas di Liga Super adalah sesuatu yang sukar dicapai dan ianya merupakan satu bonus jika pasukan Bujang Senang mampu mengakhiri liga di kedudukan tersebut.

Posa yang baru dilantik ke jawatan Presiden FAS pada Sabtu lalu, juga memohon peminat bersabar dan memberikan kerjasama dengan pihak pengurusan baharu sambil berjanji akan turut membangunkan bolasepak di peringkat bahagian.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top