Sejak kebelakangan ini, beberapa nama telah dikaitkan dengan jawatan tertinggi di dalam bolasepak Sarawak, namun selepas hampir dua minggu Mesyuarat Agung Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) diadakan, jawatan Presiden masih lagi kosong.

Beberapa nama telah dicadangkan, dan diterima, namun mereka lantas menolak jawatan tersebut dengan seribu satu alasan. Alasan yang paling kerap digunakan adalah: ‘mempunyai komitmen lain’.

Persoalan mula timbul jika pengaruh media sosial merupakan salah satu punca calon-calon ini enggan memegang jawatan presiden yang kini panas.

Umum tahu dan sedar, apabila sesuatu nama dicadangkan, ‘keyboard warriors’ akan terus menyerang akan individu tersebut dari segenap sudut. Usahlah dikatakan hal kerja, hal keluarga pun turut disentuh oleh golongan ini. Lebih memeritkan lagi, individu ini akan menggunakan pelbagai bahasa kesat untuk menggambarkan ketidak-sukaan mereka terhadap calon tersebut, termasuk merendahkan lagi hobi dan kesukaan calon tersebut, dan hampir separuh yang memberi komen negatif ini akan berselindung di belakang gambar dan nama yang tidak benar. Adakah mereka takut dikenali?

Mengambil contoh artikel ‘Gaya Manchester United ke Stadium Negeri?‘ yang kami tuliskan. Ianya bukanlah bermaksud Sarawak akan mengikuti kekalahan demi kekalahan yang dialami oleh pasukan Liga Perdana Inggeris tersebut, namun lebih kepada cara pasukan itu ditadbir sehinggakan ianya kini boleh memperolehi berbillion ringgit dari sumber bukan bolasepak. – Bukankah ini sesuatu yang baik dan sering didambakan peminat bolasepak Sarawak? Pasukan diuruskan dengan profesional, dan tidak mempunyai masalah kewangan?

Namun, ramai yang tidak mahu membaca dan terus memilih untuk menilai seseorang, dan artikel yang ditulis berdasarkan tajuk sahaja, sambil terus memberi komen yang tidak diketahui betul atau salah. Kematangan berfikir diletakkan di lutut, kerana ego diletakkan di kepala.

Sememangnya anda harus marah kami berkata demikian, tetapi adalah tidak adil juga untuk anda menilai seseorang berdasarkan khabar angin mahupun penampilannya. Manusia tidak dicipta sama, dan kita tidak akan tahu siapa yang berkebolehan untuk mengemudi FAS sehingga beliau sudah berada di sana.

Kami telah berjumpa dengan beberapa pegawai FAS dan jurulatih pasukan Sarawak yang merupakan anak Sarawak, dan mereka telah sama-sama bersetuju bahawa pada masa kini, mereka tidak mahu mengambil kisah sangat berkenaan komen di media sosial kerana bagi mereka, kerja mereka menaikkan bolasepak Sarawak adalah lebih penting dari merasa sakit hati dek komen di media sosial.

Sememangnya, komen daripada ‘keyboard warriors’ sememangnya panas dan mampu menggangu fokus pembangunan bolasepak tempatan, dan ketiadaan ‘penghulu’ di FAS kini menyaksikan fokus semua pihak teralih kepada siapa yang akan menentukan hala tuju bolasepak Sarawak.

Dalam pada itu, bagi ‘Keyboard warriors’ di luar sana, cubalah calonkan diri sendiri sebagai presiden, sebab jika anda tidak dapat menyokong calon orang lain, letakkan calon yang anda rasakan sesuai seperti anda sendiri.  Jangan pula bila tercalon, pelbagai alasan dicipta untuk menolak jawatan yang diberi.

Bak kata orang kita, ‘Mun sik brani, diam.’.

37 COMMENTS

  1. dunia sekarang tk mcm dulu sekarang kita ada media sosial jdi klu kita tk dapat betul betul beri yumpuan pd suatu bidang yg kita terajui kita akan jdi sasaran atau kecaman dri pihak yg tk berpuas hati dgn prestasi atau pencapai kita dlm sesuatu bidang yg kita terajui

    • Jangan takut. Calon jak.. sikda org halang, dan kita sik tauk bah.. mun nagga komen d FB tok, byk criteri yang orang maok.. maybe kitaklah orang ya.. mun maok, tapi takut, giney?

  2. cadangan ajak lh…..daripada dato ‘idris jala di ambik fam….bgs kita cuba pakei khidmat nya setahun..kontrak setahun..kita ngga apa perkembangan sumbanga hasil kerja nya….mun lepas stahun x perform kita tukar lh…..

  3. President penting but coach pun penting sebab dia yg akan bwa kejayaan kepada pasukan..so Sarawak perlu coach yg hebat mcm coach irfan bakti kerana terbukti beliau mmg coach yg hebat yg dpt pulihkan semula team sarawak

  4. Presiden mesti banyak duit mcm TMJ..baru boleh beli pemain yg terbaik,beli coach yg hebat..baru bola maju..jgn harap duit sponser dan duit tiket..belajar dgn JDT..

  5. FAS sepatutnya dilihat sebagai organisasi kewangan. Tidak perlukan duit presiden utk beli pemain. Kelab2 inggeris dimiliki oleh jutawan yg banyak duit nak labur. Duit yg dibelanjakan bukanlah dari poket presiden persatuan tetapi duit persatuan yg dirancang perbelanjaanya dengan teliti.

    Sudah tiba masanya bola sepak dilihat sebagai satu sukan yg boleh dikomersilkan,dipasarkan,diniagakan.

    Penaja2 rasmi dgn sumbangan mereka menaruh harapan supaya pasukan sarawak menjadi platform utk tujuan komersil jadi dlm keadaan ini FAS mempunyai keupayaan dr segi kewangan-penaja mendapat platform utk lebih dikenali secara umum.win-win situation.

    Menang kalah dlm bola sepak adat pertandingan. Jatuh dan bangun sebuah organisasi bergantung kepada badan peneraju(mengendali organisasi),pemain(berusaha memenagi perlawanan),&penyokong (memberi sokongan-bukan mengkritik sampai pemain dan badan peneraju demotivated).

    Penyokong-beli jersey,bayar tiket tengok match.(kita x rugi banyak mana pun. We have nothing to lose. Sekitar RM 50 satu minggu kot.beli no 4d lagi banyak rugi kalau x kena)

    Pemain dan pihak pengurusan persatuan-mereka mencari makan dlm FAS. Mereka lebih banyak yg nak dirisaukan. They have a life to lose in FAS. Jangan kecam mereka. Berikan sokongan kita.

    p/s: jangan kecam saya.
    #crocs
    #gb13

  6. Mok jadi presiden FAS mesti otak businessman. Mcm ne mok maintain team, narit investors masuk, cari org org yg ada experience dlm management ngan main bol jadi team member manage. Basic perlu mantap baru boleh pergi jauh. Mesti ada vision mission KPI mok achieve. Sapa mok bertanding jadi presiden klak perlu present proposal apa sidak boleh polah dlm FAS beri KPI utk sigek season 🙂

Comments are closed.