Khabar tidak rasmi dari Stadium Negeri hari ini memaklumkan kami bahawa Lee Jong-Ho bakal menjadi pemain tengah terbaharu pasukan Sarawak.

Menurut sumber kami, dengan pengambilan Teah Dennis, Mark Andrew Hartmann, dan kini Lee Jong-Ho, jumlah pemain import Sarawak bagi musim hadapan dikatakan ‘lebih kurang’ lengkap.

Jong-Ho mempunyai peluang cerah untuk dipilih berikutan kenyataan bahawa lebih sepuluh pemain import yang dipanggil Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) adalah pemain penyerang, sedangkan ketua jurulatih Sarawak, David Usop, telah sebelum ini menyatakan beliau memerlukan seorang pemain tengah import.

Penyenaraian Jung-Ho ke dalam pasukan Sarawak walaubagimanapun belum rasmi dengan keperluan beliau untuk lulus pemeriksaan perubatan di dalam masa terdekat.

INFO: For updates on football/futsal tournaments, check out our Calendar. For Sarawak 2017 transfer summary, go here.

47 COMMENTS

  1. Harap jurulatih David Usop pilih yg terbaik..penyerang jgn harap pemain tempatan saja..anak jati sarawak belum banyak pengalaman..mesti ada yg mentoring mereka..

  2. Dh macam nk beli durian komen cdak ho… Mun musim durian.bnyk madah buah tok bagus.. Durian ya bagus, bila di beli pulang rumah bukak burok… Nmpk kck dari luar jak..

  3. ramei siktauk apa kpop ya. asal jk korean alu dtungah kpop. kpop tok istilah utk penyanyi pop korea jak. tedah juak pemain tok dah sah2 pemain bola dtungah kpop.dah kedak nungah Alicia key atlet.

  4. Ok The Crocs..akhirnya kita lengkapkan sebuah jentera musim depan..cayalah kita akan lihat The Crocs….kepentas akhir….dah penat dah bosan…asyik negeri d Semenanjung aje yg…kita saksikan ke final…kali ini kita akan buktikan!!!!syabas…..
    THE CROCS….

  5. mengapa sarawak tak beli pemain dri thailand. sebab permain thailand jauh lebih bagus kualiti dari permain mlysia. striker smpanan pun blh tahan harga pun ok. musim lepas beli pemain mahal penyudah tumpul pun xda guna kn.

Comments are closed.