Pasukan Kedah telah secara rasminya mengumumkan pengguguran tiga pemain import dari pasukan mereka iaitu Thiago Augusto Fernandes, pemain New Zealand, Shane Smeltz dan pemain Korea, Bang Seung Hwan.
Menurut kenyataan Kedah FA, berlainan dengan kedudukan Smeltz dan Seung Hwan yang tidak dilanjutkan kontrak oleh Kedah FA, situasi Thiago adalah berlainan dimana beliau akan kembali ke kelab asal beliau, Felda United.
Dalam pada itu, Kedah FA juga mengumumkan bahawa pasukan tersebut sedang giat mencari pemain import baharu bagi mengisi kekosongan ketiga-tiga pemain import yang digugurkan.
Kedah juga mengumumkan bahawa Alif Fadhil, Amar Rohidan, Mohd Syazwan Abdullah, Shazuan Ashraf Matthews, Azmeer Yusof, Shafizan Hashim dan Mohd Sabree Mat Abu akan turut dilepaskan.
Dalam perkembangan sama, pemain tengah sensasi Kedah, Liridon K, yang dikhabarkan akan berhijrah pada musim hadapan, dikatakan telah menandatangani lanjutan kontrak di Kedah untuk semusim lagi.
RECOMENDED LINKS:
- Join our TELEGRAM for latest updates
- Buy the latest EPL football jerseys
- Buy the latest National football jerseys




Byk juga tu
tak da yg berminat cuba nasib ke sarawak ke..
Badrul msh stay yg lain dh pindah dua import mereka xda dh pindah hnya dua je yg stay
Kalau Sarawak ada bajet byk blh juga ambil Diaz dari jdt tu
Boh gago team urang bh.page swak jak tuk
Sebenarnya, laman web kami membawa berita berkenaan bolasepak Sarawak, walaupun bias pada Sarawak….