Serian FA telah tewas hari ini kepada Labuan FA di dalam saingan Liga Bolasepak Rakyat (LBR) peringkat kebangsaan.

Perlawanan yang berlangsung di Kompleks Sukan Wilayah Persekutuan Labuan itu menyaksikan Serian yang menguasai perlawanan hampir menjaringkan gol pertama namun keampuhan barisan pertahanan Labuan dilihat amat kental menyerap asakan penyerang Serian. 

Penguasaan padang Serian seolah-olah dicuri di minit akhir perlawanan apabila pasukan Labuan akhirnya menjaringkan gol kemenangan sekaligus menyaksikan momentum cemerlang Serian terhenti petang tadi. 

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here