Pasukan Sarawak berjaya menewaskan pasukan Perlis FA di dalam saingan Piala FA melalui jaringan penyerang muda Abdul Rahim, dan pemain import Mark Hartmann.
Kedua-dua pasukan bermula perlahan dengan pasukan pelawat, Sarawak FA dilihat melalukan beberapa percubaan bahaya ke arah pintu gol pasuk Perlis FA.
Kemaraan pasukan Bujang Senang akhirnya membuahkan hasil apabila Abdul Rahim  menanduk masuk bola hantaran Tommy Mawat untuk gol pertama pasukan Bujang Senang pada minit ke-25 perlawanan.
Pasukan Bujang Senang terus mengasak dan gol kedua akhirnya berjaya dijaringkan oleh Mark Hartmann pada minit ke-33 apabila Tommy Mawat dikasari di dalam kawasan penalti.
Perlawanan kekal memihak Sarawak FA sehingga tamat babak pertama.
Pada babak kedua, Perlis FA tidak membuang masa untuk mencari gol bagi merapatkan diri dengan jumlah jaringan pasukan pelawat.
Hasilnya, gawang Sarawak yang dikawal Aidil Mohamad bocor pada minit ke-49 apabila Oh Kyu-Bin berjaya menjaringkan gol pertama pasukan tuan rumah, sekaligus meletakkan kedudukan kini 2-1.
Pasukan Perlis FA terus mengusai perlawanan dengan pasukan pelawat mula longlai khususnya di bahagian tengah, memaksa David Usop mengarahkan pasukan beliau memperkemaskan pertahanan.
Kemaraan Perlis FA turut memaksa penjaga gol Sarawak, Aidil berhempas pulas mempertahankan pintu gol pasukannya dengan beberapa aksi menarik, selepas banyak ‘berehat’ pada babak pertama.
Sungguhpun Perlis FA terus mengasak dengan empat minit tambahan, pasukan Sarawak FA akhirnya tersenyum lebar apabila wisel penamat dibunyikan, menandakan pasukan dari Kuching itu mara ke pusingan seterusnya dengan kemenangan 2-1.
Kedudukan terakhir: Perlis FA 1-2 Sarawak FA
RECOMENDED LINKS:
- Join our TELEGRAM for latest updates
- Buy the latest EPL football jerseys
- Buy the latest National football jerseys




Belum cukup 2-0 tu buktikan sarawak boleh pergi jauh dalam piala FA…jangan pula jadi PSG
Laju na molah artikel ya..hehehe
gol,gol,gol,gol,gol,gol,…..
Teruskan perjuangan ….semoga berjaya
1-2 dah
Biar betul !!
kasih ngap sama dia…jngan menyalah slagi masa blum tamat…
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=754183191407514&id=100004475200454
Tak payah nk bangga gilak mun gik. Menang dgn team mcm ya… Mmng sakit lah lpas tok…
Ptut bolh mrnang besar.. Mun mcm ya.. Suku akhir pasti demam panas klak… Tanggar jak.. Perlis bukan kuat pun dh lah liga pedana menang cum 2-1 jak
Silap lngkah dgn pknp pun sesak nafas klak cayak lah
Oklh ya srwk mnang. Terbaiklh Sarawak. Ebh mdh Mcm. Sarawak pasukan ngri Kira OK.
Sarawak ngri ktA.taniah bujang senang mnang
Kaka jak lebih,pegi main nun…sak dpt score byk2…
Menang pun salah, sik menang pun salah…kita patut bangga dengan team kita, bukan kita nak “menyumpah” team kita…kalah menang team kita juga…