Undian pusingan Suku Akhir awal pagi tadi menyaksikan pasukan Sarawak FA diundi menentang pasukan pantai timur Terengganu FA yang kini bermain di Liga Premier.

Terengganu FA kini menghadapi musim terumbang ambing di Liga Premier selepas mereka tersingkir dari Liga Super musim lepas, dan Sarawak FA dibawah bimbingan David Usop perlu memastikan kemenangan bakal dikecapi apabila kedua-dua pasukan bertemu  pada 31 Mac kelak. 

Sungguhpun demikian, pasukan Sarawak FA harus waspada jerat Terengganu yang kini telah memenangi lima perlawanan sebelum ini. 

Jika menang ke atas Terengganu FA, pasukan Liga Super Kedah FA dan pasukan PNKP FC dari Liga Premier menanti untuk menghalang kemaraan Sarawak FA di Piala FA. 

Di bawah adalah undian keseluruhan bagi pusingan Suku Akhir Piala FA.

54 COMMENTS

  1. gik blur tok..terengganu terumbang ambing d liga perdana….sedangkn kinek kedudukan cdak kedua liga perdana dgn 6 mng 2 kalah…boleh kha ya dkata trumbang ambing !!!!…pelik bin ajaib…

  2. Bila lagi pergantungan Hairol Mokhtar tamat? Dengan ada Hairol dapat perkuat pertahanan Sarawak dalam persaingan piala Fa dan liga Super. Demerson & Ronny Harun tengah, kiri Ramesh dan kanan Hairol baru mantap pertahanan Sarawak. Pertahanan dan tengah Sarawak main keras sikit jangan nangar dan undur bila team lawan menyerang.

  3. Terengganu tgh top form w’pun main liga perdana… Lawan Perlis yg jd mansa belasahan kat liga perdana pun kita masih ssh mok menang w’pun game menang 2-1.. Apa2 pun gudluck

  4. Berik semangatlah iboh nk pandang rendah dgn team swk kita x tauk bola ya bulat bukan bujur …Good Luck for swk Ooohaaa..try the best ..klh menang ada permainan blom coba belom tauk ..👍👍👍

  5. Ganu nang trumbang ambing mungkin oleh kerana keeper utamanya dah x pat main gik masaalah kesihatan berterusan sarbinee alawi…keeper yg ada x berapa glak dh nangga game nya…insyaAllah boleh menang..

Comments are closed.