Persatuan Bolasepak Bahagian Serian (SFA) minggu lepas telah menyatakan sokongan padu mereka terhadap kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) Datuk Posa Majais.

Sokongan tersebut dibuat melalui kenyataan presidennya Phillip Jabu yang dipetik akhbar Utusan Borneo sebagai berkata bahawa Posa banyak berkorban demi bolasepak Sarawak dan beliau tidak mempunyai masalah untuk menyokong secara penuh usul bagi mengekalkan jawatan presiden FAS bagi musim akan datang.

Tips & maklumat berkenaan FPL dari Malaysia

Phillip juga dipetik sebagai berkata bahawa Posa telah banyak membawa pembaharuan dan pendekatan baharu di dalam usaha beliau mentransformasikan FAS sejak mengambil alih tampuk kepimpinan badan induk bolasepak Sarawak itu.

Dalam pada itu, Phillip juga menyatakan bahawa beliau percaya banyak lagi idea akan diperkenalkan Posa pada musim hadapan, dan beliau berharap bahawa jawatan Presiden tidak akan dipertandingkan pada Mesyuarat Agung FAS kelak.

Untuk makluman, FAS akan mengadakan Mesyuarat Agung di Limbang pada 27 Oktober ini. – cldn

 

30 COMMENTS

  1. Kami perlukan kepimpinan baru…struktur bola sepak baru…pengurusan baru yang boleh membawa idea yang baru utk pembangunan bola sepak sarawak…dan yang paling penting…boleh bawa market value kepada team sarawak supaya kita team kita mampu tarik sponsor bertaraf Internationale….supaya duit poket FAS tak kosong…

  2. Sokong untuk memajukan bola sepak sarawak xpa.itu sya setuju.tapi berganti bulan.berganti tahun.langsung xda perubahan.asyik bergelut merebut tempat tercorot liga.pa ke benda ni..?

  3. Ada money job apa pun boleh buat.kita hanya mampu berteriak kat ruang komen ni.tapi da ke peringkat atsan dengar keluhan kita sebgai penyokong no 1,negeri kita,meruah bola sepak kita.

    • Tulis dalam surat khabar desak Posa Majais letak jawatan macam kelab penyokong bola sepak Terengganu suruh Che Mat Jusoh letak jawatan Presiden PBSNT kalau Datuk Posa Majais degil susahlah nanti…sampai mati pun bola sepak Sarawak tak maju nanti….

  4. Mau jadi persiden fas, tahun depan pula lagi, tetapi gaji permain tak mampu bayar dah berapa bulan. Klu gaji permain dia tak mampu bayar, malah lesan bayar utk liga tahun depan, pasti dia tak mampu bayar juga nanti. Cukuplah dia jadi persiden fas swk dua tahun ini. Klu ikutkan kpi dia gagal bentuk team swk. Team swk dr liga super, turun ke liga perdana. Tahun ini team swk hampir jatuh ke liga fam. Sejak dia jadi persiden fas swk. Malah team swk bermasalah dgn kewangan pula, sampai gaji permain tak mampu dia bayar berapa bulan. Mcm itu ke org jadi persiden bola kita swk??? Malukan nama bolasepak swk aja adalah. Klu kpi nya baik tak apalah, kekal jadi persiden fas. Tetapi kpi teruk sangat.

  5. TMJ dah cakap tak ada duit jangan jadi Presiden FAS…Datuk Posa Majais tolonglah dengar arahan TMJ…Rakyat Sarawak dah tak nak lagi Datuk Posa Majais sebagai Presiden FAS tolonglah nanti Pasukan Bola Sepak Sarawak turun Liga FAM 2020….lebih baik Datuk Posa Majais letak jawatan serta merta…Lantik Ketua Menteri Sarawak sebagai Presiden FAS….

  6. Alhamdulillaah..sokong jak..lekak tok main liga gedong jak kita..nya juak presiden nya juak chairman nya juak nebas rumput padang semuanya..bagus!

  7. Saya sokong datuk posa jangan tukar…itu bukan masalah dia yang hutang banyak tetapi dana yang disumbangkan kepada kelab bola sepak itu sendiri tidak cukup

Comments are closed.