Kuching City FC musim depan akan dibarisi barisan kejurulatihan bertaraf kebangsaan selepas ianya dikhabarkan telah melantik Irfan Bakti dan Wan Jamak Hassan sebagai dua pegawai utama pasukan tersebut.
Menurut pemberita ASTRO, Hafizal Hamad, Irfan akan dilantik sebagai Ketua Jurulatih baharu Kuching City, manakala Wan Jamak akan mengambil tugas Pengarah Teknikal pasukan tersebut.
Hal pelantikan Irfan semamngnya bukan rahsia lagi dan spekulasi sememangnya telah banyak bermain di media sosial dan juga media tempatan.
Irfan yag lahir di Bukit Mertajam Pulau Pinang merupakan Ketua Jurulatih Terbaik Kebangsaan pada tahun 2011, di mana beliau membawa pasukan Terengganu FC memenangi Piala FA, dan Liga Super pada tahun tersebut.
Pelantikan Wan Jamak walaubagaimanapun dilihat agak mengejutkan kerana jurulatih yang pernah memenangi Piala Malaysia dan Piala FA itu juga hadir dengan reputasi besar.
Wan Jamak pula merupakan bekas Ketua Jurulatih pasukan Harimau Malaya pada era 80-an, dengan beliau menjadi Pengarah Pembangunan Belia kelab JDT FC.
Beliau juga pernah memenangi Piala FA dan Piala Malaysia sebagai jurulatih ketika melatih Negeri Sembilan.
Selain Irfan Bakti Kuching FA turut bawa Wan Jamak Wan Hassan selaku Pengarah Teknikal Pasukan
— Hafizal Hamad (@hafizal_hamad) December 1, 2020
Pelantikan kedua – dua individu tersebut menandakan Kuching City bercita cita besar musim hadapan selepas berjaya mencapai sasaran kekal di Liga Premier pada musim 2020.