Penyerang Kuching FA (Kuching CIty FC), Hudson Dias, paling banyak membantu dalam jaringan gol (assist) di dalam pasukan Kuching.

Bukan itu sahaja, penyerang tersebut telah juga paling banyak membantu dalam jaringan gol di Liga Premier.

Ini adalah berdasarkan statistik Liga Premier yang dikeluarkan oleh pihak Malaysia Football League (MFL) yang meletakkan Hudson sebagai antara dua pemain yang paling banyak membantu gol dijaringkan.

Mengikut MFL, Hudson berkongsi kedudukan tersebut bersama Shunsuke Nakatake dari Negeri Sembilan.

Kedua – dua pemain telah membuat lima assist sepanjang Liga Premier buat masa ini.

Untuk rekod, Hudson merupakan pemain yang pada asalnya bermain untuk Sarawak FA, tetapi Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) telah memberikan beliau kepada pasukan Kuching untuk musim ini.

Bersama Kuching, Hudson telah membantu pasukan tersebut melayakkan diri ke Piala Malaysia, dan kini Kuching kini telah menang empat kali berturut – turut.