Kedah berisiko digantung oleh FIFA

Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) dilaporkan kini berdepan risiko digantung oleh daripada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Ini berikutan isu tunggakan gaji pemain yag kini dilaporkan telah diheret ke pengetahuan Fifa oleh pemain importnya.

Malah, lesen kebangsaan untuk beraksi dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) juga bakal terjejas seandainya laporan sama turut dibuat oleh tonggak tempatan berhubung tuntutan gaji mereka.

Akhbar Arena Metro melaporkan bahawa peguam undang-undang sukan, Zhafri Aminurashid sebagai berkata, kegagalan pasukan menjelaskan tunggakan gaji sebenarnya jelas melanggar Artikel 13 Peraturan Status Dan Pemindahan Pemain Fifa di mana majikan tidak menghormati kontrak pemain.

Menurut Zhafri, pemain boleh melakukan pembatalan kontrak sebelah pihak akibat jika menerima gaji melebihi dua bulan. Pemain juga boleh meninggalkan pasukan sambil menuntut pembayaran penuh pada baki kontrak terhadap pasukan.

Arena Metro juga memetik Zhafri sebagai berkata pemain mempunyai hak untuk mendapatkan gaji penuh hingga hujung musim walaupun mereka tidak lagi turun berlatih atau beraksi bersama pasukan.

“Dalam kes pemain Kedah, kalau pemain dah hilang sabar sebab tak dapat gaji selama tiga bulan berturut-turut atau lebih, mereka boleh tamatkan kontrak dan bawa isu ini kepada Fifa dan FAM.

“Risiko yang bakal dihadapi oleh KFA, mereka boleh dikenakan arahan membayar penuh tunggakan gaji dan baki kontrak yang mungkin mencecah ratusan ribu atau jutaan jika dibuat secara beramai-ramai oleh pemain lama selain terpaksa membayar gaji pemain baharu gantian.

“Contoh seperti kes Cassio Francisco De Jesus bekas pemain Kelantan sekarang ini, Kafa diarahkan untuk membayar tunggakan dan baki kontrak walaupun hanya beraksi beberapa perlawanan sahaja.

“Fifa mengarahkan ia dibayar dengan jumlah yang banyak dan kalau tak dapat selesaikan Kafa boleh dikenakan hukuman lebih berat.

Jadi KFA perlu bertindak proaktif dengan segera selesaikan isu ini dengan bijaksana,” katanya kepada Arena Metro.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top