Pasukan baharu Liga FAM, Kuching FA berkemungkinan tidak akan menggunakan Padang C sebagai lokasi tempat bermain bagi musim 2017 seperti di war-warkan sebelum ini.
Menurut peratuaran Liga FAM, pasukan yang bertanding mesti menyediakan venue perlawanan yang selamat baik untuk pemain dan penyokong. Ciri-ciri lain venue perlawanan juga meliputi aspek teknikal bagi menganjurkan sesuatu perlawanan yakni termasuk kemudahan-kemudahan asas yang harus ada ketika perlawanan sedang berlangsung. Kami difahamkan bahawa penggunaan padang terbuka seperti Padang C dalam pada itu tidak digalakan.
Dalam pada itu, adalah difahamkan bahawa penggunaan Stadium Mini dibenarkan dan ianya sebenarnya akan memberi banyak kelebihan kepada pasukan yang mempunyai dana sedikit seperti Kuching FA.
Sungguhpun demikian, buat masa ini, belum lagi ada maklumat lanjut berkenaan samada Kuching FA akan menggunakan Stadium Mini berhampiran (Padang Jubilee), yang kami difahamkan perlu dibaik pulih jika digunakan.
Kuching FA akan menjalani pemeriksaan terakhir esok bagi memperolehi kebenaran untuk bertanding di Liga FAM bagi musim 2017.
RECOMENDED LINKS:
- Join our TELEGRAM for latest updates
- Buy the latest EPL football jerseys
- Buy the latest National football jerseys




Great thanks a lot really love
Cat more superior tha crocs..
pakai stdm sarawak
Pakei jak stadium negeri… team sarawak makei stadium sarawak.
Ya mek setuju
Terbaik Kuching fa
Pakei jak pdg jublee senang crita …..
Mun x pdg merdeka jak sia dh ssh2 gilak hahaha😁😁😁
Secara logik nya patut team sarawak makei stadium sarawak, sbb jumlah penyokong lebih ramai… penyokong pun x gago basah berujan.