Sebelum ini, telah diberitakan bahawa Kuching FA bakal menyertai Liga Divisyen Ketiga, Liga FAM, di dalam Liga Malaysia.
Namun, pihak kami difahamkan bahawa pasukan yang dilatih oleh bekas pemain Sarawak Sharizan Sahari dan Ideris Untong itu, perlu lulus satu lagi saringan terakhir sebelum mereka boleh mula bersaing di liga tersebut.
Saringan tersebut meliputi perkara-perkara teknikal dan pengurusan yang telah disyaratkan untuk semua pasukan yang bertanding di Liga Malaysia, dan ianya turut meliputi aspek kewangan pasukan Kuching, yang mana turut melibatkan surat jaminan dari penaja pasukan.
Selain daripada itu, Kuching juga perlu bersetuju dan telah mengikuti peraturan-peraturan Liga Malaysia, khususnya Liga FAM, selain mempunyai venue perlawanan yang tetap dan disahkan sesuai oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
Jika segalanya berjalan lancar, Kuching akan secara rasminya menamatkan penantian warga Kuching, dan warga Sarawak amnya, untuk satu lagi pasukan untuk disokong di dalam Liga Malaysia.
RECOMENDED LINKS:
- Join our TELEGRAM for latest updates
- Buy the latest EPL football jerseys
- Buy the latest National football jerseys




Smoga musim 2018 bmain di liga perdana
Jgn risau Fas boleh uruskan.
Buat yg terbaik Kuching FA…
Patut tukar Kuching FA kpd Kuching FC…
Tahniah Mohamad Fareez Tukijo..hihihihi
Tukar gi kuching united , mun sik kuching city
Kuching nk main liga Malaysia wow menarik bru best
kali kita molah collection untuk kuching pun apa salahnya,sik dapat byk, RM1-50 sorang pun xpa.
kuching city united.
[…] Halangan terakhir untuk Kuching FA sebelum beraksi di Liga Malaysia […]