Pasukan Liga Premier, Kuching FA telah memulakan sesi latihan berkumpulan hari ini.

Sesi latihan tersebut dibuat selepas pasukan tersebut mendapat lampu hijau untuk meneruskan latihan dari pihak Malaysia Football League (MFL) baru – baru ini.

Dalam beberapa gambar yang dikongsikan pasukan tersebut, kelihatan jurulatih dan pemain Kuching FA mengadakan sesi latihan dengan mematuhi Prosedur Standard Operasi (SOP) yang dikenakan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dengan suhu pemain diambil sebelum memasuki kawasan latihan, dan penjarakan sosial diamalkan ketika rutin senaman dan latihan.

Kuching FA dijangka akan membuat latihan lebih intensif dalam masa terdekat bagi mengembalikan stamina dan kecergasan pemainnya bagi menyambung semula Liga Malaysia yang dijangka mungkin akan disambung seawal bulan Ogos kelak.

Buat masa ini, Kuching FA merupakan pasukan tunggal di Malayia Borneo yang mendapat kelulusan untuk memulakan sesi latihan dengan dua lagi pasukan, Sabah FA dan Sarawak United FC masih lagi belum menghantar permohonan untuk memulakan sesi latihan berkumpulan.