Kuching FA tidak mungkin guna Padang C sebagai ‘rumah’

Pasukan baharu Liga FAM, Kuching FA berkemungkinan tidak akan menggunakan Padang C sebagai lokasi tempat bermain bagi musim 2017 seperti di war-warkan sebelum ini.

Menurut peratuaran Liga FAM, pasukan yang bertanding mesti menyediakan venue perlawanan yang selamat baik untuk pemain dan penyokong. Ciri-ciri lain venue perlawanan juga meliputi aspek teknikal bagi menganjurkan sesuatu perlawanan yakni termasuk kemudahan-kemudahan asas yang harus ada ketika perlawanan sedang berlangsung. Kami difahamkan bahawa penggunaan padang terbuka seperti Padang C dalam pada itu tidak digalakan.

Dalam pada itu, adalah difahamkan bahawa penggunaan Stadium Mini dibenarkan dan ianya sebenarnya akan memberi banyak kelebihan kepada pasukan yang mempunyai dana sedikit seperti Kuching FA.

Sungguhpun demikian, buat masa ini, belum lagi ada maklumat lanjut berkenaan samada Kuching FA akan menggunakan Stadium Mini berhampiran (Padang Jubilee), yang kami difahamkan perlu dibaik pulih jika digunakan.

Kuching FA akan menjalani pemeriksaan terakhir esok bagi memperolehi kebenaran untuk bertanding di Liga FAM bagi musim 2017.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top