Kuching FA tewas kali kedua, kali ini kepada KUFC

Kelab bola sepak Kuching FA masih mencari rentak di Liga Premier selepas tewas perlawanan kedua di dalam liga tersebut malam tadi.

Lebih pahit, pasukan yang menewaskan Kuching FA malam tadi adalah pasukan Kelantan United, yang juga merupakan rakan seanjakkan ke Liga Premier musim ini.

Di dalam perlawanan tersebut, Kuching FA mara awal dan berusaha mencari gol awal di dalam perlawanan tersebut.

Serangan kilat dari Kuching FA akhirnya berjaya menghasilkan gol apabila Rafiezan Razali merembat deras gol pertama perlawanan pada minit ke-19.

Kegembiraan Kuching walaubagaimanapun tidak lama apabila penyerang sensasi Kelantan United, Gassama Alfusainey, meratakan kedudukan semula pada minit ke-22 dengan menyambar masuk ke gawang sepakan sudut Alif Romli.

Kelantan United nyaris mendahului perlawanan pada minit ke-34 apabila Iqbal Suhaimi terkeluar dari posisi, namun sentuhan akhir Fakhrul Zamantersasar tersasar keluar.

Kelantan United terus mengasak dan Kuching FA sekali lagi terselamat apabila sepakan deras Aliff Romli pada minit ke-42 terkena tiang gol.

Babak kedua menyaksikan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan.

Kelantan United FC walaubagaimanapun berjaya menjaringkan gol kedua setelah sepakan percuma Shahrul Hakim tertampan Razzman Razali seterusnya menewaskan Iqbal Suhimi buat kali kedua pada minit ke-55.

Kuching FA cuba bangkit selepas gol tersebut namun Kelantan United terus gah bertahan sekaligus menyaksikan Kelantan United mengutip tiga mata berharga pada malam ini.

KEPUTUSAN PENUH: KELANTAN UNITED FC 2-1 KUCHING FA

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top