Pihak SarawakCrocs telah membuat kajian mengenai prestasi pasukan Sarawak FA di Liga Perdana 2018. Pelbagai permasalahan berjaga dirungkai namun masalah yang paling bahaya untuk Sarawak FA adalah kualiti pemain tempatan.

Dari 20 perlawanan yang ditempuh, pasukan Sarawak FA hanya mampu menjaringkan 27 gol sahaja. Apa yang membimbangkan adalah hanya lima pemain sahaja yang berjaya menjaringkan gol dari keseluruhan skuad.

Dari jumlah itu pula, sembilan gol dijaringkan Matteo Roskam manakala 14 disumbangkan oleh pemain asal Sabah, Bobby Gonzalez.

Jadi hanya empat gol yang dijaringkan oleh anak jati Sarawak. Dua gol dari Dzulazlan Ibrahim dan masing-masing satu gol dari Rahim Razak dan Alif Hassan.

Dimanakah pemain-pemain Sarawak yang lain. Apakah mereka tidak mempunyai keinginan untuk menjaringkan gol. Tiga pemain asal Sarawak dari jumlah keseluruhan pemain adalah satu statistik yang buruk.

Pemain anak jati Sarawak seolah-olah selesa berada di dalam skuad dan tidak perlu berusaha kerana tahu anak jati akan diberi perlindungan oleh pengurusan pasukan. Mereka juga seolah-olah menentukan kesebelasan utama pasukan Sarawak.

Sekarang jelaslah mengapa pasukan Sarawak FA sentiasa bermasalah. Takkanlah dalam negeri Sarawak yang besar ini kita hanya mampu melahirkan tiga penjaring gol. Bayangkan musim Sarawak FA tanpa Matteo dan Bobby.

Sarawak FA sememangnya harus dibubarkan. Bina semula dengan kelab-kelab komuniti yang pasti mempunyai banyak bakat-bakat tempatan yang mampu dibawa ke tengah.

FAS wajib memandang serius perkara ini. Ya, kami tahu anda tidak mempunyai jabatan statistik yang menyimpan rekod seperti kami. Oleh itu kami persembahkan kepada anda statistik penjaring pasukan Sarawak FA.

Terima kasih kepada kami kemudian. Sekarang jalankan tugas anda. Jangan bermimpi hendak ke Liga Super jika hanya lima pemain sahaja yang mampu menjaringkan gol. Salam ngap sayot. – SARAWAKCROCS.COM/JJF

Comments
LATEST PROMOTIONSARAWAKCROCS FANTASY PREMIER LEAGUE

52 COMMENTS

  1. please jgn bubar Sarawak Fa, satu kelab yg legend and sinonim dgn peminat bola sepak tempatan. instead of, fas memang ptt memandang serious development player. ikut stail Selangor Fa, dia org sentiasa mengutamakan produk2 skuad piala presiden and piala belia mereka. x kisah berapa banyak player mereka kena rembat tp mereka sentiasa melahirkan pemain2 muda yg berkualiti. Contohilah mereka, pihak fas ptt lebih serious dlm development player, byk kn kelab komuniti dlm masa yg sama, scout mereka2 yg berbakat utk diserap masuk ke skuad utama

  2. Bkn FAS?? Masih ingat ka di mana Swak menjadi juara liga perdana dan layak ke liga super.. Setelah berjaya bermain d liga super pemain yg menjadi penjaring terbanyak liga perdana pd masa itu adalah bobby gonzales dan dia keluar dr skuad swak utk bermain dgn pasukan lain.. Kenapa dilepaskan pemain yg berkualiti spt dia stelah berjaya masuk ke liga super? Dan pada musim itu juga Joseph KT juga bermain utk pasukan lain,pendek kata kebanyakan pemain ditukar dgn muka baru/yg lain.. Titik kejatuhan skuad swak telah bermula dr situ..

  3. Bodoh.. ney pencarian bakat muda??’ney tuju?? Ada ktk org msuk2 kpg mcm zaman 80an??’ Pimilihan bakat muda semua makei cable.. taik palat mdh sebesar besar bumi sarawak xda pemain bgus.

    • Aepy Haron masalah bermula dari pemilihan.. yg x betul.. kebanyakkan masuk makei cable..
      Mun zaman 80an dolok.. presiden/ coach mencemar duli cari pemain.. masuk seluruh pelusuk kpg..
      Sarawak bukan kecik.. x patut xda player with the quality..
      Cari import pun mok ada kantau.. x mok makei agent.. y? Mok ambik kantau lebih.. haha.. sedar x sedar sarawak import tertinggi di malaysia.. asyik keluar masuk.. byk masuk gik.. byk kantau..
      Pasal mdh org swk x support turun beri semangat.. rasanya.. dah lebih penonton bersabar especially gb13 ..terkiak kaung di zone b .. tanpa rasa malu.. molah mcm2 narit tarikkan org ke stadium.. tabik spring ngan ktk org.. walaupun dlm kumpulan yg makin kecil.. tapi tetap berdiri.. sama juak penyokong2 tegar lain.. habis generasi kta x tauk sapa dpt support gik.. kta nganok utk masa depan.. sapa anak sarawak x sayang sarawak fa..??
      Semua mok tangga kita maju..
      Pengurusan mun asa dah xdpt tolong undur atau bubar..jak.. pahit pun pahit lah.. telan jak..

  4. Nak nanyak… Masalah gaji setel ka? Ko nak suh org main utk jaga imej ktk org tp gaji ada mslah.mcm ney ktk org ngurus FAS kedak ya caranya. Ktk org jaga periuk.nasik ktk org mpun tp periuk nasik pmain ktk org sik dijaga mena2. Suka nunjuk salah org lain tp salah dirikpun ditapok. Apa nak jadilah FAS tok. Patutlah game UKM ariya cdak boikot pas penyokong dah lamak boikot ktk org. Sik berubah2 perangey sorang2 dlm FAS ya

  5. masalah nya.. ada player local.. berapa tahun x perform tp masih juak da dlm skuad.. sapa yg offer contract.. cdak FAS nak.. sapa yg uruskan pengambilan pengurus n coach.. FAS.. last2 FAS x bsalah.. pa ka drama tok

  6. Sekarang tk adalah masalah pengurusan fas yg lmbt brik gji ataupn pengurusan tidak bayar gji selama 3 bulan adakah ini masalah brpunca drpd player sarawak, aku rsa bkn dr player. Player bgus ne pn dr team smenanjung main d sarawak mn dh gji x d bayar masih juak player jaik. Tk msh juak nk nyalah player ank tmpatan x byk mnjaringkan gol. Diharap pihak fas bukak bigik mata ktk org besar2 lh ambik serius kit mn mk nma sarawak nait balit.

  7. Ala…tak mengakulh pulak fas nie..asyik2 nk salahkn pemain je…dr taun2 sebelum ni….pun sama mcmtu….jgn asyik salahkan pemain dan jurulatih…….salahkn pengurusan ya fas…..

  8. Semuanya berpunca dr persatuan.. Persatuan lah yg perlu mencari dana utk development program.. Bukan menyalahgunakan dana.. Persatuanlah yg perlu ada scout utk pencarian bakat.. Bukan yg sekadar ambik sedara mara kaum kerabat.. Persatuan lah yg perlu bijak memilih pemain.. Sediakan kontrak cukup utk setahun.. Yg x perform release kn.. Serapkan bakat baru.. Utk permulaan memang payah dan banyak kerja utk pencarian skuad yg mantap.. Dana x keras cuba fikir dr sudut lain.. Ya ja lah dolok…

  9. Ahhahahahahhah…tedah..local main mati mati..gne local nk ngembang bakat mun mala d beri kerusi simpanan..contoh : sabre abu ya..bgs lg jimmy d exposed..choi sabre abu..punca..dr awl season smpe kinek main macam jaharu..

  10. Min!muka ko tanggar!research based on what?Players position?nama dipadah u main position apa? Imagine ado main defensive winger can even score given his position on the field. Bobby and roskam should be ashame ya ngak dpt di oleh nya duak the whole fucking season! Research suk kedirik!

  11. FAS kenak serious lagik ttg pngurusan BOLA SEPAK SRWK tok.

    main bol knek bukan kedak dolok,knek mewah segala,d jaga apa semua sebabkn ny athletes.

    selagik main bol tok sik se special mcm d luar nun,biak sik akan improve atau kekurangan akan ada dlm bidang bola sepak.

    dari ku main bol,bagus ku kerja gomen,opsho…na sik?benda tok patut FAS matang,bola sepak makin maju.jgn lambat gilak boleh sik?JDT nang ada duit,FAS pun ada duit juak!bkn skda duit bol tok.

Comments are closed.