Home Malaysian football Kelekaan membawa padah

Kelekaan membawa padah

Susulan kekalahan Kuching FA kepada Kelantan United FC malam tadi menyaksikan pembantu jurulatih Kuching FA Ahmad Nurfaizal berkata bahawa kelekaan adalah antara punca kepada kekalahan pasukannya.

Ahmad yang ditemui pemberita selepas perlawanan tersebut berkata bahawa kedua-dua pasukan saling menyerang sepanjang perlawanan, namun kelekaan pada barisan pemain Kuching FA yang menyebabkan Kuching FA gagal membawa balik sebarang mata dari Kelantan.

Beliau dipetik berkata “Saya rasa kedua-dua pasukan saling menyerang namun kelekaan pasukan Kuching FA membawa padah.

“Apabila kita bermain di tempat lawan, tumpuan kita kena lebih dan kita tidak boleh leka.

“Kita sebenarnya tahu Kelantan United mempunyai kelebihan dari segi sepakan percuma jadi kita perlu bersedia”.

Ahmad juga mengakui bahawa kekalahan kepada Kelantan United itu adalah satu ‘wake up call’ kepada pasukan Kuching FA dan berkata bahawa Liga Premier sememangnya sebuah liga yang lebih mencabar dari Liga M3.

Kata beliau “Tidak ada sesiapa mahu menerima kekelahan namun pemain telah bermain bersungguh sungguh.

“Ini pendedahan kepada pasukan dan ini adalah ‘wake up call’ kepada Kuching FA.

“Liga Perdana ini lebih mencabar dan tempo tidak sama dengan Liga M3.”.

Kuching FA akan melayan kunjungan Terengganu FC II di dalam perlawanan Liga Premier seterusnya pada 10 Mac kelak.

RECOMENDED LINKS: